bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Aug 2009

PAS, Kami Tidak Provokasi Pro-ISA/Keadilan Ala DSAI Demonstrasi Jalanan?



Dipetik dari Malaysiakini



Kemaskini 3.20pm Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub."Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu).

"Saya rasa, sepanjang sidang media, ceramah atau sebarang sebaran yang kita keluarkan atas nama GMI, kami tidak pernah menggunakan kata-kata yang mencabar mana-mana pihak. "Jadi tidak timbul masalah mengatakan kedua-dua pihak ini saling cabar-mencabar," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh (kanan) dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad (kiri).Sambil menayangkan laporan Berita Harian hari ini yang berjudul 'Dua kumpulan saling mencabar', Salahuddin berkata, berdasarkan rekod terdahulu, pakatan pembangkang mempunyai pengamalam menganjurkan perhimpunan aman. Tambahnya, ia terbukti dalam perhimpunan menuntut pilihanraya bersih pada November 2007 dan perhimpunan menuntut pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Mac lalu. Salahuddin mengulas kebimbangan polis terhadap kemungkinan berlaku ketegangan dalam demonstrasi esok akibat provokasi daripada dua kumpulan berbeza – GMI dan kumpulan penyokong akta itu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini dilaporkan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sudah wujud unsur hasutan dan provokasi di antara kedua-dua kumpulan terbabit. Sebagai pemimpin kanan PAS, Salahuddin juga menjamin perhimpunan esok akan berlangsung secara aman kerana ia telah dirancang sejak setahun lalu. "Saya sebagai chief commander ingin perjelaskan bahawa himpunan esok akan diadakan secara aman. Notis ini telah kita berikan kepada rakyat Malaysia enam bulan lalu. "Kalau ada pihak kata kita sengaja cari sebab bertembung dengan kumpulan satu lagi (Pewaris dan pro-ISA), saya ingin katakan, kita merancang program ini setahun lalu," katanya.Pemimpin atasan Pakatan Rakyat, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.

Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru. Sementara kumpulan penyokongnya pula akan berhimpun di Padang Merbok, sebelah Bank Negara, dan Pasar Seni pada masa yang sama sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke Istana Negara bagi menyerahkan memonrandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


Komen Isac;

Memanglah mereka kononnya tidak berniat mencabar mana-mana pihak....

Yang mereka cuba buat, hanyalah cuma untuk mendapatkan sokongan politik dan menunjukkan kepada khalayak bahawa, kerajaan Umno/BN zalim dan menekan rakyaat. Harapan mereka dengan pertembungan demi pertembungan penyokong-penyokong mereka dengan pihak polis dalam siri demonstrasi yang mereka anjurkan akan menzahirkan rasa simpati orang ramai terhadap Pakatan Rakyaat.

Adakah mereka menjangkakan bawa Kerajaan Umno/BN tiada penyokong? Jika mereka boleh menganjurkan demonstrasi demi demonstrasi memprotes apa-apa dasar kerajaan dan menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan orang ramai, bukankah secara tidak lansung mereka sebenarnya mencabar penyokong-penyokong kerajaan?

Bukankan apa yang cuba mereka timbulkan sebenarnya adalah rampasan kuasa jalanan? Mirip apa yang dilakukan oleh angkatan pro keadilan di Thailand? Bagi saya itulah yang mereka (Pakatan Rakyaat) sebenarnya cuba lakukan. Mereka mengadakan demontrasi demi demontrasi dalam usaha untuk cuba membangkitkan penentangan rakyaat terhadap kerajaan. DSAI memang telah dikenali sebagai pelopor politik dan rusuhan jalanan sejak beliau menjadi pemimpin pelajar di universiti lagi.

Jestru itu tidak salah rasanya jika mereka (Pakatan Rakyaat) yang dilihat cuba mempolitikkan sesuatu isu, di pihak yang lain (penyokong-penyokong kerajaan) juga mengambil langkah yang sama dengan menganjurkan demonstrasi-demonstrasi untuk menyokong pula sesuatu dasar kerajaan. Walaupun ini dilihat akan mengwujudkan kekacauan jika kedua-dua kumpulan ini bertembung tetapi saya melihat ianya perlu demi untuk menghentikan "taktik kotor" mereka yang cuba merancuni pemikiran rakyaat yang kononya rakyaat adalah bersama-sama mereka (Pakatan Rakyaat).

Apabila ini berlaku maka kembalilah kita kepada undang-undang rimba iaitu "siapa kuat dialah kudrat". Untuk keamanan dan kebaikan semua pihak, maka saya kira siri demonstrasi-demonstrasi ini perlulah dihentikan kerana ianya lebih menyumbang kepada ketidakstabilan politik dan keselamatan negara. Pembangkang sepatutnya sedar bahawa bahana politik yang melampau akan memberikan kesan yang besar kepada semua jestru itu hentikanlah politik jalanan ini kerana kesan buruknya adalah terlalu buruk kepada semua.

1 comment:

  1. Salam bro,
    niat adalah apa yang ada dalam hati bukan yang dilafazkan. kita tidak tau apa dalam hati mereka tetapi kita dapat menilai dan meneka apa dalam hati mereka melalui perbuatan dan tindakan yang mencerminkan dan terjemahan dari dalam hati. PAS dan PKR adalah pembunuh dan pengkhianat bangsa Melayu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3