Dipetik dari Malaysiakini.
Gedung Kartun 'guna permit palsu': KDN
Aug 29, 09 10:51am
Gedung Kartun 'guna permit palsu': KDN
Aug 29, 09 10:51am
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 408 naskah majalah Gedung Kartun versi bahasa Malaysia di syarikat penerbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd pada Selasa lepas kerana tiada permit penerbitan.
Sebanyak 18 keping plat percetakan majalah itu dirampas di syarikat percetakannya K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang sehari selepas itu. Ekoran itu, Sepakat Efektif Sdn Bhd didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah yang tiada permit, kata Ketua Komunikasi Korporat KDN Jamilah Taib menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Menurut Bernama, beliau berkata rampasan itu dilakukan setelah KDN menerima maklumat mengenai pengedaran majalah kartun itu yang diterbitkan secara berkala oleh syarikat penerbitan berkenaan yang beralamat di 153-1, Jalan Sultan Abdul Samad dekat Brickfields. "Setelah diselidik, penerbitan majalah Gedung Kartun tidak mempunyai permit bahkan permit penerbitan yang ditunjukkan adalah palsu," beliau dipetik berkata.
Jamilah berkata peruntukan undang-undang yang sama turut dikenakan terhadap K Vin Publisher kerana mencetak bahan yang tiada permit.Tambahnya, syarikat pencetakan itu turut didapati menyalahi Seksyen 4(1)(a) akta yang sama. "Ini kerana kementerian telah menemui bahan-bahan tidak bermoral dan lucah yang turut dicetak di kilang itu berdasarkan penemuan sisa buangan disyaki lucah sebanyak 150 helai dan satu keping plat majalah disyaki lucah," katanya, seperti dilaporkan agensi berita tersebut.
Katanya, jika disabitkan kesalahan kedua-dua pihak boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Awal minggu ini Malaysiakini melaporkan, serbuan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.
Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."
Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.
Komen Isac;
Apa yang dibuat pembangkang semuanya molek, betul, liberal, adil, transparent dan semua yang baik-baik...
Cetaklah duit palsu (Permatang Pasir), kacau bini orang, YB gengster, rezab masjid tukar jadi tapak kuil hindu, songlap duit rakyaat, kroni, "liwat", sebar fitnah, menelanjangkan aib orang, songlap duit zakat dan terbaru permit penerbitan palsu, itu semua "halal" buat mereka sebab ianya dilakukan oleh pakatan pembangkang.
Kenapa ianya adil? Apa mereka buat sentiasa adil disebabkan adanya Parti Keadilan Rakyaat bersama-sama mereka. Kenapa ianya halal? Kerana mereka sentiasa di bawah naungan Allah s.w.t dengan adanya Parti Pas bersama-sama mereka.
Polis jahat, sebab selalu patahkan rancangan jahat mereka.
SPRM pembunuh, kerana tangkap pembangkang yang songlap duit
Pendakwaraya jahat, sebab dakwa pembangkang yang bersalah.
Mahkamah jahat, bila menjatuhkan hukuman pembangkang bersalah. Kalau menyebelahi mereka, mereka diam aje.
SPR jahat, kalau pilihanraya mereka kalah. Kalau mereka pakai pengundi2 hantu SPR tak dapat tangkap, mereka senyap.
Nak buat macam mana ramai rakyaat Malaysia yang masih tertipu ataupun sememangnya suka ditipu oleh mereka. Mujurlah saya telah tersedar....
Kita lihat dan perhatikan, apa pula yang akan mereka (pembangkang) lakukan selepas ini.....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.