Sampel DNA lelaki tidak sama di pakaian Teoh
Ogos 5, 09 12:36pm
Ogos 5, 09 12:36pm
Dipetik dari Malaysiakini
Sampel DNA ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing tidak sama dengan DNA yang ditemui pada belakang baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock. Gobind Singh Deo, bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga mendiang, berkata demikian pada permulaan inkues menyiasat sebab kematian bekas wartawan itu. Tan dan Lee dilaporkan pada awalnya enggan memberikan sampel DNA mereka bagi membantu siasatan polis berhubung kematian penuh tanda tanya setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, pada 16 Julai lalu. Kedua-dua lelaki itu kemudian menjelaskan mereka ada aral lain yang menghalang mereka menyerahkan sampel air liur - untuk ujian DNA - lebih awal.
Blog t4tbh.blogspot.com dilaporkan mendakwa Tan dan Lee dicurigai suspek pembunuh Teoh susulan keengganan mereka menyerahkan sampel DNA lebih awal. Inkues di depan koroner Azmil Muntapha Abas minggu lalu diberitahu bahawa lima sampel diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu. Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA yang tidak diketahui. DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang. Teoh ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut. Kematiannya yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentukan kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.
Komen Isac;
Secara lojiknya jika DNA kedua-dua mereka ini iaitu Tan Boon Hwa maupun Lee Wye Wing tidak sepadan dengan DNA lelaki yang tidak dikenali yang dijumpai pada jaket mendiang Teoh, maka tinggal lebih kurang 27 juta lagi rakyaat Malaysia yang mungkin terlibat dalam kes ini.
Memandangkan DNA yang dijumpai tersebut adalah lelaki dan nisbah penduduk lelaki dan wanita mungkin 50/50, maka kesemua 13.5 juta penduduk lelaki di Malaysia berkemungkinan merupakan "pemilik" DNA misteri tersebut. Ini adalah kerana DNA lelaki dan wanita adalah berbeza.
Jika dakwaan Gobind Singh Deo benar maka Tan dan Lee mungkin tidak terlibat sama-sekali dengan kematian mendiang Teoh. Jestru itu suspek yang terlibat dalam kes kematian Teoh dikenalpasti sebagai salah seorang daripada 13.5 juta rakyaat Malaysia dan ditambah dengan pelancong-pelancong dan pekerja-pekerja asing lelaki yang berada di Malaysia semasa kejadian.
Then... Bumiyang is at the top of the list of suspect....
ReplyDeleteapa lagi laa korang nak cover bro.. INGAT AKU NI BODOH MACAM KO KE..?? adehh tunggu jek laa PRU 13
ReplyDeleteT4tbh jelasnya bantai buta buta.
ReplyDeleteTerimakasih di atas komen2 anda semua.
ReplyDeleteBlog akan hilang seri jika tanpa pengunjung2 dan tukang2 yang memberi komen!!!!
Lagi ramai pengunjung2 dan tukang2 komen lagi bagus!!!!!! Sama2lah kita mengasah minda dan mencari persamaan di antara kita.
Apapun Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!!
Tuan Hj. "Ambar", kalau nak cari salah orang memang mudah kekadang kita terlupa yang kitapun apa kurangnya....
ReplyDeleteHarap2 polis dpt tangkap penjenayah pembunuh tu dan juga penjenayah penyeleweng wang rakyat.
ReplyDeleteSalam ziarah. Blog dan posting yang menarik.
_______________________
View Profile: Rantong™
Salam Anak Perleh,
ReplyDeleteSuspect No. 1 tu, tuan sendiri kot...Kawan tinggal kat Johor. Lagipun ade alibi yang kuat. Lelaki2 yang tinggal di Lembah Klang lebih mudah untuk terlibat.
Salam penunggu blog...
ReplyDeleteGempaknya tajuk..patutlah visitor 3++..harap-harap kes ni dapat diselesaikan sebelum pebicaraan kes salah laku anwar ..isu ini saja diprovok utk mengalih pandangan masyarakat pada tarikh perbicaraan yg sepatutnya kita fokus..