bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Aug 2009

Kemungkinan Teoh Membunuh Diri - Pakar Forensik


Dipetik daripada mStar Online.
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK




SHAH ALAM: Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock kemungkinan meninggal dunia di Plaza Masalam di sini bulan lalu disebabkan membunuh diri, kata pakar forensik.



Ia disimpulkan oleh Dr. Khairul Azman Ibrahim iaitu Pakar Perunding Kanan, Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada prosiding inkues pukul 10.25 pagi tadi.



"Pada pendapat saya terdapat tanda-tanda si mati bunuh diri. Pendapat ini boleh dibincangkan berdasarkan tidak ada kesan pergelutan yang jelas.



"Buktinya ialah tak ada kesan darah, barang pecah, barang berterabur di tempat tersebut dan juga pen yang terdapat pada baju masih berada di tempat poket tersebut.



"Dan juga hasil DNA, tidak terdapat kesan-kesan DNA yang sama dengan pegawai-pegawai SPRM. Dan, kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan sabagai kesan yang dialami disebabkan oleh kesan jatuh," jelas beliau.



Kira-kira 10 minit sebelum itu beliau mengemukakan tiga kemungkinan mendiang mati iaitu jatuh dengan tidak sengaja, terjun sendiri atau ditolak.



Dr. Khairul yang menyambung keterangan pagi ini selepas 'berehat' dua hari berkata, "terdapat tiga cara kemungkinan si mati boleh mati."



Pertama Teoh mungkin terbunuh dengan jatuh secara tidak sengaja dan keduanya mungkin si mati terjun sendiri ataupun dengan perbuatan sendiri.
"Ketiganya ialah si mati mungkin dicampak atau ditolak," kata beliau.



Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.



Apabila ditanya peguam yang dilantik pihak kerajaan, Tan Hock Chuan mengenai kemungkinan kematian Teoh disebabkan kemalangan, Dr. Khairul menolak kemungkinan tersebut.



"Ini berdasarkan pada tempat kejadian, iaitu di tingkat 14, adalah sukar untuk seseorang yang masih sedar tergelincir ketika berdiri di tepi tingkap kerana kawasan tersebut tidak licin...ianya ditutup dengan karpet.



Walaubagaimanapun jelas Dr. Khairul, boleh juga wujudnya kemungkinan si mati jatuh ketika cuba membuka tingkap seluas-luasnya.



"Ia boleh berlaku mungkin dalam keadaan mengantuk, tetapi hujah tersebut boleh kita pertikaikan kerana sekiranya terjatuh, atau tergelincir di tempat tersebut dan keadaan tingkap separas pinggang, sekirannya si mati terjatuh, berkemungkinan besar si mati mendarat dengan cara lain.



"Mungkin kepala atau badan dahulu...tapi ini hanyalah kemungkinan," katanya.



Komen Isac;



Walau apapun inkues ini belum berakhir. Sama-samalah kita tunggu sehingga perjalanannya selesai dan akan diikuti dengan siasatan Suruhanjaya Diraja terhadap kaedah soal-siasat yang dijalankan oleh SPRM.
Janganlah kita hendak memandai-mandai mendahului keputusan makamah sehingga mengeruhkan lagi keadaan. Jika kita banyak membuat andaian-andaian yang tidak bertanggung-jawab maupun melulu, ianya akan hanya menyedihkan hati keluarga mendiang dan mungkin juga akan mengakibatkan huru-hara.
Jika ini berlaku siapakah yang akan dipertanggung-jawabkan? Bukankan ini merupakan tingkah-laku seorang pengkhianat negara? Macam orang gila juga, mana ada orang gila yang mahu mengaku dia itu gila? Pengkhianatpun sama!!!!!
Demi kepentingan negara dan kesejahteraan semua rakyaat Malaysia, salahkah jika perosak-perosak negara seperti ini kita "ISA" kan?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3