bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Aug 2009

Pas Tidak Bacul? Tidak Rela Isu Arak Jadi Seperti Hukum Hudud di Perak?



Tolak Kawalan Kendiri, Tuntut Larangan Muktamad.
Dipetik dari mStar Online
Ahad Ogos 9, 2009
Isu arak:
Oleh G. MANIMARAN
Link; http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/9/mstar_berita/20090809103137&sec=mstar_beritaLink;



PETALING JAYA: PAS Selangor menuntut agar Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melaksanakan larangan menyeluruh jualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri itu. Pendirian itu diputuskan pada mesyuarat tergempar dua jam PAS Selangor petang semalam.

Mesyuarat diadakan sehari selepas Khalid mengumumkan pendekatan kawalan kendiri daripada mengenakan larangan total jualan minuman keras di kawasan-kawasan yang penduduknya beragama Islam.


PAS negeri itu sebelum ini menjangkakan penyelesaian positif ekoran tuntutannya. PAS Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendiriannya, yang diputuskan semalam, esok.


Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir ketika dihubungi mengesahkan pendirian 'menolak' itu telah diputuskan semalam.


"Mesyuarat (tergempar) sebulat suara menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali (Selasa lalu) dan menuntut dilaksanakan larangan jualan minuman keras sama sekali di kawasan-kawasan yang penduduknya beragama Islam," kata beliau.


Sehubungan itu kata beliau, PAS Selangor mengharapkan agar garis panduan yang dijanjikan oleh Menteri Besar akan memasukkan tuntutan PAS ini. Pada sidang media kelmarin, Khalid berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan dalam tempoh sebulan tetapi menasihatkan penjual dan pengedar supaya mengamalkan sistem kawalan kendiri.
Ia dimulakan di kawasan Shah Alam. Semalam beliau juga meminta penduduk tempatan menggunakan pendekatan memulau daripada kerajaan menguatkuasakan larangan semata-mata. Katanya, kawalan kendiri adalah satu opsyen.

Selain meminta larangan jualan minuman keras, PAS Selangor mendesak Khalid menggantikan Exco kerajaan negeri tempatan, Ronnie Liu dengan pemimpin lain.
Isu arak menjadi fokus 'krisis' baru dalam Pakatan Rakyat Selangor yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.



Komen Isac;



Saya ingin ucapkan syabas kepada PAS jika mereka benar-benar berani mempertahankan larangan jualan arak di kawasan mejoriti Melayu dengan tegas seperti yang mereka war-warkan. Mereka juga sepatutnya bertegas supaya YB Ronnie Liu ditukarkan ke portfolio lain kerana telah menyalah gunakan kuasanya sebagai exco.
Moga-moga janganlah nanti usaha Dato' Hassan Ali hanya ibarat "hangat-hangat tahi ayam" gara-gara kerana beliau tidak mendapat sokongan yang sepatutnya daripada daripada pucuk pimpinan Pas Pusat terutamanya Tuan Guru Nik Aziz dan Presidennya Tuan Guru Abd Hadi Awang.
Mudah-mudahan tidak akan ada pula di kalangan ulamak Pas yang mengeluarkan kenyataan bahawa penguatkuasaan tersebut boleh ditangguhkan sehingga 30 tahun lagi seperti apa yang dialami oleh hukum hudud sedikit masa dulu.
Kepada Dato' Hassan Ali dan YB Zulkifli Nordin bulatkan tekad dan "beranikan hati" untuk berenang menyongsang arus. Buktikan kepada rakyaat Malaysia Pas tidak bacul dan sememangnya bertekad untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia!!!!.

2 comments:

  1. Salam,

    Nik Aziz nak buat komen apa lagi, dia sudah beri kuasa kepada Ustad Ronnie Liu untuk membuat fatwa berhubung dengan penjualan arak di Selangor.....

    Orang Melayu kalau nak merasa lazatnya 'beer' boleh datang ke Selangor.......

    ReplyDelete
  2. Salam Isac,

    Secara keseluruhannya blog ini nampak semakin mantap, rasa macam dah tidak mengenalinya tetapi bagaimanapun perubahan itu bagus dan sangat wajar. Teruskan menulis dan ingat bahawa saudaramu ada disini, dibelakangmu....~ bRAVEhEART

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3