Dipetik dari Kosmo Online
KEADAAN jenazah Bilal Achmed Ghanan, 19, yang didakwa dilapah tentera Israel untuk dijual di AS.
BAITULMAQDIS - Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.
Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.
Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.
Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).
Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.
Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992.
"Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah," katanya. - AFP
Komen Isac;
Inikah harganya untuk sebuah kebebasan? Selogan-selogan, "Kebebasan untuk semua"? "Dunia tanpa sempadan"? "Globalisasi"? "Liberalisasi"?
Semua selogan-selogan ini begitu sedap didengar tetapi hakikatnya, jika kita lemah, masih berpecah-belah dan asyik bercakaran sesama kita maka sediakanlah diri kita untuk dijajah, "dijarah" dan "dilapah"....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.