bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Aug 2009

Anwar Pengkhianat? Jika Bukan, Buktikan!!!!


Dipetik dari Mingguan Malaysia 9/8/2009.

Oleh Awang Selamat.


Dua isu menarik perhatian Awang sepanjang minggu ini. Salah satunya ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu pada Khamis lalu. Akhbar Utusan Malaysia pada muka depannya menggariskan kesemua tujuh wasiat itu untuk dijadikan renungan rakyat semua kaum.



Awang menjunjung kasih kepada baginda kerana tidak putus-putus memperingatkan rakyat tentang asas kenegaraan dan realiti sejarah Malaysia yang berpaksikan Melayu.



Walaupun Raja Nazrin turut menjadi sasaran kritikan dan penghinaan oleh pihak tertentu dan ramai individu di laman-laman web dan blog, baginda tidak pernah berhenti menyuarakan kebenaran berdasarkan fakta dan hujah yang bernas. (Belum pernah dalam sejarah, raja-raja Melayu dihina sebagaimana yang berlaku selepas pilihan raya umum lalu).



Satu lagi isu yang panas ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pemimpin pembangkang dan peneraju PKR, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.



Kenyataan Muhyiddin mendapat gelombang reaksi banyak pihak yang menyokong beliau. Tindakan Anwar yang dikatakan mahu menyaman Muhyiddin sebanyak RM100 juta selain media yang melaporkannya, tidak menghalang banyak pihak mengeluarkan kenyataan melabel Anwar sebagai pengkhianat Melayu.



Awang percaya Anwar juga faham tentang sentimen masyarakat Melayu yang rata-rata marahkan beliau atas banyak tindak-tanduknya menggugat kepentingan Melayu semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.



Jika diperincikan sejak beberapa tahun lalu, memang panjang senarai kekecewaan rakyaat terutama orang Melayu terhadap Anwar. Antaranya memburuk-burukkan nama Negara di peringkat antarabangsa, membudayakan demonstrasi haram didakwa memfitnah pemimpin Umno yang mempertahankan kepentingan bangsa, memburuk-burukkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), melemahkan struktur politik Melayu, menyokong pemimpin komunis Chin Peng dibawa pulang dan banyak lagi.



Reaksi seumpama itu boleh dibacanya sendiri oleh Anwar melalui banyak blog. Malah ada yang terang-terang menyatakan Anwar dipergunakan DAP dan pada masa yang sama, beliau juga dahagakan sokongan bukan Melayu demi menuju puncak kuasa. Anwar tidak perlu marah sebaliknya perlu buktikan bahawa beliau bukan pengkhianat Melayu. Mampukah beliau membuktikannya? Dalam mana-mana sejarah tamadun, pengkhianatan adalah ancaman besar.



Dalam sejarah Melayu, Melaka yang suatu ketika mempunyai empayar yang disegani, akhirnya tumbang angkara pengkhianatan si kitul. Dialah pembuat kacau, fitnah, timbulkan kebencian dan syak wasangka sehingga Melaka berpecah lalu menjadi lemah. Empayar Melayu Kedah juga jatuh kepada Siam angkara pengkhianatan pemimpin Melayu.



Demikian juga ceritanya kejatuhan Kota Baghdad kerana pengkhiatan Perdana Menteri, Rafa Ibnu Alqami yang meminta bantuan asing iaitu puak Tartar yang dipimpin oleh Hulagu Khan. Baghdad bukan sahaja musnah malah ramai ulama, fuqaha, imam dan penghafal Al-Quran dibunuh oleh tentera Tartar yang kejam.



Rafa Alqami yanh khianat itu akhirnya juga mati kerana sedih dan stres, menyesal atas apa yang dilakukanya.



Apakah pemimpin Melayu yang selama ini memerintah dengan murah hati terhadap kaum lain termasuk menjamin hak minority dan membenarkan kekayaan ekonomi Negara dikuasai oleh kaum Cina, akan ditimpa satu lagi kisah pengkhianatan? Jika berlaku siapa pengkhianatnya?



Komen Isac;



Jika mensabotaj maruah dan ekonomi negara, bukan suatu penkhianatan, maka beliau bukanlah seorang pengkhianat.

Jika memecahkan kuasa politik Melayu/Islam di tanahairnya sendiri, bukan suatu pengkhianatan, maka beliau bukanlah seorang pengkhianat.

Jika menggadaikan DEB demi inginkan kuasa bukan suatu pengkhianatan, maka beliau bukanlah seorang pengkhianat.

Jika menjual maruah agama dan bangsa sendiri demi untuk menjadi Perdana Menteri bukan suatu pengkhianatan, maka beliau bukanlah seorang pengkhianat.

Beliau mungkin boleh menipu dirinya sendiri malah sekelian pengikut-pengikut tegar beliau, tetapi percayalah hanya sejarah yang akan membuktikan samada beliau adalah seorang pengkhianat maupun sebaliknya.

Jika beliau dikenalpasti sebagai pengkhianat kelak, jangan disalahkan jenerasi yang akan datang jika kubur beliau nanti dijarah dan dikencingkan seperti mana yang berlaku kepada kubur-kubur Khalifah-khalifah Bani Umaiyyah (hanya kubur Khalifah Umar Abd. Aziz sahaja yang terselamat).

2 comments:

  1. Salam,

    Terima kasih sudi link ke blog kawan.

    Memang tidak dinafikan Anwar adalah manusia "PENGKHIANAT".

    ReplyDelete
  2. ya mmg layak dipanggil
    Pengkhianat bangsa, agama dan negara
    wajar gelaran Datuk Seri itu ditarik balik

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3