bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Apr 2010

Johor Bakal Henti Bekal Air Kepada Singapura Secara Berperingkat - Kedah Bila Nak Hentikan Bekalan Air Ke Pulau Pinang???


Johor henti jual air kepada Singapura

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm


JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Johor akan menghentikan penjualan air mentah dari sebuah loji di sini kepada Singapura apabila perjanjian mengenainya tamat tahun depan.

Katanya, perjanjian itu melibatkan penjualan air dari Loji Skudai yang diuruskan oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura.

"Sekarang ini di peringkat rundingan untuk pulangkan (Loji Skudai kepada kerajaan Johor)," katanya pada sidang akhbar sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini semalam.



 
Komen Isac;
 
Adakah ianya realiti atau satu fantasi? Menurut perkhabaran yang penulis dengar sebelum ini, perjanjian bekalan air ke Singapura sememang ketat dan berat sebelah. Untuk menamatkanya hampir mustahil ataupun perlu membayar dengan harga yang terlalu tinggi.
 
Adakah Kerajaan Negeri Kedah lebih berani atau bijak untuk menamatkan perjanjian bekalan air mereka kepada Pulau Pinang? Kita sama-sama tunggu dan lihat.

3 comments:

  1. Salam 1 Malaysia.

    Tidak ada yang mustahil perkara ini boleh berlaku. Asalkan dilakukan secara musyawarah dan bergantung kepada Perjanjian yang termaktub.

    Masalah yang timbul, jika ada berat sebelah. Jika dalam keadaan menang, menang untuk kedua belah pehak sudah pasti tiada apa masalah yang timbul. Kebijaksanaan kedua-dua pemimpin yang memainkan peranan yang penting.

    "Betulkanlah Yang Biasa
    dan Biasakanlah Yang Betul".

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com
    http://saatjais.formor.com

    ReplyDelete
  2. Mungkin apa yang dimaksudkan kosmo sebagai henti jual air kpd Singapura adalah merujuk kpd Perjanjian Air 1961.
    Sebenarnya secara fakta Johor dan Singapura telah memeterai tiga perjanjian iaitu pada tahun 1927, 1961 dan 1962

    1...Perjanjian Hak Air 1927 (telah tamat pada 1948)
    - Dimeterai antara Sultan Ibrahim dengan Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Singapura pada 5 Disember 1927.
    - Johor memperuntukkan seluas 2,100 ekar tanah di Gunung Pulai sebagai kawasan tadahan dan pembekalan air ke Singapura.
    - Hak ke atas kawasan itu selama 21 tahun.
    - Kadar bayaran sebanyak 30 sen seekar atau sebahagian daripadanya setahun.


    2...Perjanjian Air 1961
    -akan tamat pada 2011
    -Singapura diberi hak eksklusif untuk mendapatkan sebanyak mungkin air dari Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Gunung Pulai.
    -Pada kadar harga 3 sen bagi setiap seribu gelen.

    Apabila tamat perjanjian 1961, berakhirlah transaksi penjualan atau pembelian air antara Johor dan Singapura daripada loji air Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Gunung Pulai.
    Kerajaan negeri akan mengambilalih segala aset air yang diselenggara Lembaga Kemudahan Awam "Public Utilities Board" (PUB) Singapura.
    Aset-aset tersebut melibatkan loji rawatan air Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Gunung Pulai.
    Selepas perjanjian 1961 tamat, tiada lagi urus niaga sama ada penjualan atau pembelian air antara Johor dan Singapur.



    Melainkan satu lagi perjanjian bekalan air di antara Johor dan Singapura yang ditandatangani pada tahun 1962 masih lagi berkuat kuasa.

    3...Perjanjian Air 1962
    -Sah sehingga 2061
    -Johor perlu membekalkan sebanyak 86 juta gelen sehari.
    -Pada kadar harga 3 sen bagi setiap seribu gelen

    -Singapura juga hanya boleh mengepam air dari Sungai Johor sehingga 250 juta gelen air sehari sahaja.
    -Dengan membenarkan Singapura menggunakan tanah Johor seluas 341 ekar selama 99 tahun.
    -Dengan bayaran RM5 seekar.

    ReplyDelete
  3. Anonymous, April 29, 2010 5:45 PM,

    Kalau susah2, kita kambus sungai2 tu...Bila sungai2 tu dah X wujud, perjanjian akan terbatal...:)

    Kena tengok syarat2 lain dalam perjanjian2 tu..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3