bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Jul 2015

Apa Agaknya DS Nazir Akan Buat Jika CIMB Diserang Seperti 1MDB???


DS Nazir mengutuk langkah penggantungan permit The Edge oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung laporannya mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Ia bukan untuk The Edge. Ia adalah untuk kebebasan pendapat, kebebasan bersuara, itu sahaja.



"Ini bukan mempertahankan sesiapa, ini adalah prinsip kebebasan media," kata Nazir, apabila wartawan bertanya mengenai pandangannya tentang penggantungan itu pada Ahad.

"Saya telah berbual secara peribadi dengan abang saya, saya tidak akan berkongsinya dengan anda," Nazir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau ada bercakap dengan Perdana Menteri mengenai The Edge.


Komen Isac;

Cakap memang senang....

Tapi jika syarikat dan batang tubuh sendiri yang diserang sebegitu rupa....Sehingga pelabur dan rakan kongsi lari, bank batalkan pinjaman, pembeli X membeli....Kita pun mungkin boleh jadi gila.

Jika kena pada Nazir, apa agaknya dia nak buat ya???

Setakat menyaman, tidak memberikan faedah jangka pendek kerana proses perundangan akan mengambil masa lama, iaitu sehingga beberapa tahun.

Jika fitnah terus dibiarkan disebar secara berterusan dan sistematik, syarikat boleh bankrap!!!

Pada pandangan penulis pihak 1MDB boleh meneruskan proses menyaman tetapi dalam masa yang sama mendapatkan perintah mahkamah untuk sekatan terhadap sebarang penebaran fitnah oleh WSJ, The Edge dan Sarawak Report diteruskan sementara kes saman fitnah berjalan. Rasanya ini lebih "bersih", tanpa melibatkan kerajaan dan memberikan sedikit keyakinan kepada pasaran.

Walaubagaimanapun memandangkan 1MDB adalah syarikat pelaburan milik kerajaan, tindakan kerajaan juga tidak boleh dipersalahkan kerana ia cuba melindungi kepentingan negara.

Apapun ianya perlulah diteruskan dengan proses menyaman dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menyekat penebaran fitnah daripada berterusan.

5 comments:

  1. Pelanggan takkan lari, bank belum sawan jika apa yg dilaporkan palsu...

    ReplyDelete
  2. pelanggan lari kalau selalu dimomokkan....spt mana anak-anak kecil yg ditakut-takutkan dgn hantu...lama-lama akan takutlah dia dgn hantu....begitulah negara....sapa yg nak melabur dlm situasi tak menentu....dan siapakah yang mewujudkan situasi itu?.....dosa memfitnah dah biasa kat malaysia hari ini...petanda besar bala akan menyusul dan akibatnya semuanya akan terpalit spt terjadi kat iraq,

    ReplyDelete
  3. ingat ape yg berlaku kt TH tempoh hari? sibuk org2 kelantan nk kluar duit dr TH. Fuh, jadik la isu/malapetaka/kecelakaan/skandal di CIMB. Kita tgk ape nazir buat.

    ReplyDelete
  4. pelanngan yg dikatakan pelabur tu bkn bodoh, dia dah buat market analysis dan intelligent. Yg buat dia lari bila management of the country tu huru hara. Duit public guna utk duit syarikat. So principle of transparency dan good governance takde. Itu prasyarat syarikat Euro dan US..

    ReplyDelete
  5. Kata nak saman WSJ.... mana dia?

    Kelentong aje rupanya

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3