bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Aug 2014

TS Khalid Sanggah Keangkuhan Anwar - Ahli Politik Terhebat Abad Ini???



Bukan mahu menghina....Sekadar penghargaan.....Dan melahirkan perasaan kagum atas "kebijaksanaan" TS Khalid menangani keangkuhan dan kelicikkan Anwar dan rakan2....

Jangan ingat orang yang gagap....dan X petah berhujah tu "bodoh"....Juga jangan ingat orang yang pandai berpidato.....berhujah berapi2....sampai burungpun mampu "ditariknya" turun untuk turut sama mendengar hujah pemidato beliau tu seorang yang bijak....

Kehebatan Khalid berpolitik, telah "membunuh" keangkuhan pidato Anwar kehebatannya mempengaruhi penggundi2.

SELEPAS mempengerusikan mini exco Kerajaan Selangor pagi tadi, MB Selangor Tan Sri Khalid mengeluarkan telah kenyataan bahawa tidak akan ada perlantikan exco baru bagi menggantikan 6 exco yang telah dipecat; sebaliknya semua tugas exco2 yang dipecat itu akan dipangku/tugas-tugas mereka dikalangan 4 exco darpada Pas yang masih kekal.

Dengan 15 ADUN Pas berdiri dibelakangnya, dan sokongan 12 ADUN BN yang menyokongnya tanpa syarat di Dewan undangan Negeri Selangor Khalid boleh menarik nafas lega.

Jika berlaku pun pengundian tidak percaya di sidang DUN pada November nanti, Khalid masih akan mendapat undi majoriti ADUN Selangor iaitu 28 berbanding PKR dan DAP 27, kerana Speaker Hanna Yeoh daripada DAP tidak boleh mengundi, melainkan jika kedudukan adalah seri.

Jika Khalid mampu mempertahankan kedudukan ini, maka kerajaan Selangor sebenarnya adalah kerajaan ADUN Selangor, bukannya kerajaan Pakatan Rakyaat. Ianya juga bukan kerajaan campuran kerana sokongan BN hanyalah untuk mempastikan Projek Langat 2 akan dapat diteruskan agar penderitaan rakyaat Selangor khususnya dan negara dapat ditamatkan. Ini kerana pembangunan empangan itu bertujuan untuk mengatasi masalah air di Selangor dan Wilayah Persekutuan, termasuk Putrajaya.

Sudah ada desas-desus yang menyatakan Adun2 Pas tidak akan membenarkan perlantikan adun2 Umno sebagai exco dan jika ini terus berlaku satu lagi sejarah pasti akan tercatit kerana Pas mungkin akan mempunyai anggota teramai dalam barisan exco Selangor jika pengisian jawatan exco2 yang baru akan dipilih hanya di kalangan adun2 Pas ataupun PKR dan DAP yang berpaling tadah.




posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3