bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Aug 2014

BN Istihar Sokongan Kepada Khalid!!! Kerajaan Perpaduan Akhirnya Terlaksana ???


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dari Barisan Nasional di Selangor kesemuanya menyokong Menteri Besar tanpa sebarang syarat.

Dengan kenyataan itu, dilihat telah wujud kerjasama tidak langsung antara parti PAS dan UMNO dalam usaha menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

“BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor tanpa syarat serta ikhlas,” katanya.

Perkara ini jelas akan membuntukan lagi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menempatkan ADUN Kajang iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Misi itu diburukkan lagi kerana Abdul Khalid kini bukan lagi Ahli PKR dan Anwar sudah pasti tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang arahan kepada beliau dalam soal kedudukan berkenaan.

Abdul Khalid pula mendapat sokongan jelas daripada 15 orang ADUN PAS dan juga 12 orang ADUN BN menjadi kerjasama tidak langsung ini kepada 28 sokongan kesemuanya bagi Abdul Khalid.

Selain itu, empat orang Exco Negeri dari PAS tetap komited untuk terus bekerjasama dengan Abdul Khalid dalam mentadbir negeri Selangor.

Jumlah empat orang itu sudah mencukupi bagi korum untuk diadakan Mesyuarat Exco dan Abdul Khalid boleh terus bertugas sebagai Menteri Besar.

Krisis politik di Selangor memperlihatkan ia mungkin akan selesai dan stabil semula dalam tempoh lebih lama tetapi ia menunjukkan kemungkinan kerjasama antara PAS dan UMNO akan berlaku tidak lama lagi.

Selain itu, perkembangan terbaru di Selangor mencipta sejarah baru apabila Abdul Khalid menjadi satu-satunya Menteri Besar yang mendapat perkenaan Sultan untuk meneruskan tugas dengan status ADUN bebas tanpa parti.

Ia adalah kerana pada Sabtu lepas, Lembaga Disiplin PKR telah bertindak memecat Abdul Khalid daripada menjadi ahli parti kerana ingkar arahan supaya berundur. – MYNEWSHUB.MY


Komen Isac;

Kalau mendiang Karpal masih hidup....Masti Anwar akan kena marah sekali lagi....

Ingat peristiwa kerajaan negeri Perak bertukar tangan gara2 ketamakan Anwar sehinggakan mendiang Karpal membuat kenyataan terbuka mahukan beliau bertaubat???

Nampaknya ketamakkan Anwar sekali lagi memakan diri...

Sama2 lah kita tunggu siapakah Adun2 PKR dan DAP yang bakal menyeberang....

Alhamdulillah....akhirnya doa ramai rakyaat Malaysia yang mahukan Umno dan Pas bekerjasama....akhirnya hampir terkabul....ameen...

posted from Bloggeroid

11 comments:

  1. Ya allah moga2 tercapai la hasrat umat islam di bumi barakh ini utk bersatu melawan musuh agama mu.ya allah..dan kau permudahkan la pemimpin 2 parti islam/melayu ini utk berkerjasama

    ReplyDelete
  2. Kalau aku la jadi Nuar...terjun bangunan ibu pejabat PKR lagi baik...terus kojol...senang kita ramai ramai tanam

    ReplyDelete
  3. Wa makaru wa makaraAllah, waAllahu khoir AlMakirin.
    Moga doa doa umat Islam yg inginkan kebaikan, keamanan saling kasih sayang sesama umat, jauh dr benci membenci dan permusuhan diperkenan Allah swt, amiin !

    ReplyDelete
  4. Umat Islam bersaudara, air dicincang takkan putus.

    ReplyDelete
  5. HARAP2 PASDAN UMNO JADI BERGABUNG...AKU TAK SABAR NAK TENGOK CINA DAP BABI KENA TELAN LUDAH MASING2 - KITA TENYEH BRO

    ReplyDelete
  6. Malaysia nama negara ku. TANAH MELAYU tinggalan nenek moyang ku.


    ReplyDelete
  7. Ada satu benda besar yg akan berlaku..kita tunggu dan lihat shj.

    ReplyDelete
  8. Ada satu benda besar yg akan berlaku..kita tunggu dan lihat shj.

    ReplyDelete
  9. pas dan umno jer?..abis melayu dlm dap..melayu dalam pkr apa hal??...kalau nak berpadu biar betul2 ..jng prejudis..ahli umno yg kristian kat sabah kira melayu juga kerr???...

    ReplyDelete
  10. Kalu Kjaan perpaduan ini tercapai....MB bole buang wakil2 PKR & DAP dlm majlis perbandaran tempatan...org melayu islam akan pegang...so x de la diorang berani nk roboh pasar ramadhan ...ini sudah bagus...ustaz & lebai2 Pas pun dh x de modal nk hentam UMNO/BN dlm ceramah kt masjid/surau kt Sgor nie...org cina akan salahkan anwar & DAP...bagus2...semoga berjaya...InsyAllah

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3