bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Aug 2014

Kerana Hentam Mat Sabu - Nasrudin Bakal Disingkirkan???

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur segelintir pemimpin yang hanya berselindung di sebalik perjuangan Pas namun sebenarnya tidak setia dan menyokong kumpulan lain.

Menurut Nasrudin, perjuangan sebenar memerlukan istiqamah iaitu aktif dan komited berdasarkan kasih sayang kepada jemaah bukannya secara bermuka-muka atau melibatkan diri dalam jemaah tetapi hati bersama kumpulan lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, kerjasama politik tahaluf siyasi Pas dengan pakatan pembangkang bukan bermaksud para pemimpin parti itu perlu patuh sepenuhnya kepada gabungan berkenaan melebihi ketetapan oleh parti sendiri.

"Kalau nak berjuang pastikan istiqamah iaitu aktif dan berada di jalan yang lurus. Komited dengan ketetapan dan peraturan jemaah. Semestinya jangan bermuka-muka. Contohnya, sudut depan kata bersama Pas tapi sudut belakang bercengkerama dengan kumpulan lain pula.

"Tahaluf ertinya kerjasama. Siyasi ertinya dinisbahkan kepada politik. Tahaluf siyasi ertinya kerjasama dalam aspek politik. Maka, ia bukan hubungan yang menyerahkan wala' kepada rakan tahaluf. Ia juga bukan hubungan intima' yang mengikat diri dalam segala aspek termasuk prinsip agama, perjuangan dan wadahnya.

"Letakkan kasih sayang kepada jemaah mengatasi segalanya. Jangan tubuh dalam jemaah tetapi hati dalam kumpulan lain," kata Nasrudin dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin terbabit, kecaman Nasrudin itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendirian Pas berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang berlaku ketika ini.

Pendirian Pas berhubung kemelut berkenaan dilihat tidak konsisten apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad lalu memutuskan untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, pada sebelah petangnya, Pas akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Sehari selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tetap berpendirian mencalonkan dua nama itu sehingga mencetuskan pelbagai persoalan bagaimana parti itu boleh mengeluarkan pendirian yang berbeza dalam tempoh singkat.

Sumber klik sini.



Komen Isac;

Ye lah....menghentam Geng Anwarinas dalam Jawatankuasa Pusat Pas, ketuanya yang buat keputusan hari tu ialah Mat Sabu.... Timbalan Presiden Pas....

Maksudnya Ustaz Nasrudin ni menghentam Mat Sabu lah....

Alamat....Ustaz ni pun cuma menghitung hari aje....keahliannya dalam PAS....

Kalau X keluar parti....harus dia akan dipecat ....sebagaimana pemimpin2 yang lepas2.....

Jika TG Hj Hadi mahupun TG nik Aziz X pertahankan golongan ulamak dalam Pas....

Pasti parti tersebut akan hanya Islam pada nama.....tetapi amalannya mengalahkan parti nasionalis, siosialis mahupun komunis.....kerana pemimpin yang tinggal mengamalkan sifat2 munafik.




posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Ko mana ada duit tantawi oii...anwar ada duit jew....

    ReplyDelete
  2. Bukan nya tahalul siasi tapi bahalol siasi.

    ReplyDelete
  3. Utz Nasarudin patut tinggalkan sahaja PAS (MUFARAKAH) JIKA BENAR hendak perjuangkan Islam. Kerena selama i ni PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik parti. Mereka perjuangakan Islam kerana politik bukan kerana Allah. Jika mereka sayangkan Islam tentu mereka akan sayangkan ukhuwah Islamiah daripada ukhuwah dengan kafir. Mereka telah melanggar larangan Allah dengan terlalu berbaik dengan kafir. Mufarakahlah dengan PAS. Islam akan selamat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3