bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Aug 2014

Bayangan Kerajaan Campuran Selangor Ogos 2014???


Foto (kiri): Adakah ini Senarai Bayangan Exco Baru Selangor???

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada beliau untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar.

Bercakap pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Abdul Khalid juga menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Exco Kerajaan negeri Selangor dalam masa terdekat.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahi PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Justeru itu DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," ujar beliau.

Sementara itu, Abdul Khalid turut memberitahu, beliau tidak menolak untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Pas selepas beliau dipecat daripada keahlian seumur hidupnya daripada PKR.

"Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa," tambah beliau lagi.


Sumber klik sini.



Komen Isac;


Apa yang pasti, untuk terus kekal sebagai MB Selangor beliau perlulah mempastikan akan terus mendapat sekurang2nya sokongan majoriti mudah daripada DUN Selangor.

Beliau juga pasti akan hanya mengekalkan exco2 yang mampu bekerja-sama dengan beliau. 

Jestru exco2 sediada dari DAP dan PKR yang tidak menyokong beliau pasti akan disingkirkan untuk memberikan laluan untuk muka2 baru.



posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Eli Wong dh belot TS Khalid xboleh bg jd exco, kalau nak wakil cina offer kat Teng Chang Kim (dia ni anti tokong Lim DAP n tak totok cina sangat, hint: Sultan perkenan bg Dato' kat dia tp reject ronnie liu n teresa kok) lepas tu kasi dia peruntukkan untuk buang geng2 tokong kat DAP Selangor... Lebih kan lagi wakil Pas kurangkan wakil Umno.. Wakil Umno blh jalan peranan bantu pembangunan melalui peruntukkan kerajaan pusat cth: projek baiki jalan n kutip sampah

    ReplyDelete
  2. Tahniah TS Khalid..aku syorkan tubuh kerajaan perpaduan bebas/pas/umno
    dap dan pkr?...biar melaun ni reput begitu je

    ReplyDelete
  3. Dalam sejarah Tanah Melayu, seorang dari parti yg memecat keahlian masih menjadi pemimpin memimpin kerajaan negeri... ADUN Bebas.... cantikkkk..!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3