TS Khalid perlu meyakinkan DYMM Sultan Selangor....bahawa kerajaan negeri, perbedaharaan dan segala hasil mahsul milik negeri Selangor berada di dalam bahaya jika ianya diserahkan samada kepada Azizah/Anwar dan apa lagi kepada Azmin/Anwar.
TS Khalid juga perlu meyakinkan Dato Wan Azizah bahawa beliau sebenarnya telah diperdaya oleh Anwar/Azmin yang mahu melemahkan pengaruh Wan Azizah/TS Khalid.
Anwar sebenarnya langsung tidak pernah terlintas untuk melantik Azizah....dan sebenarnya penamaan nama Wan Azizah secara tunggal tidak lebih dari hanya satu strategi untuk mendapat sokongan Azizah untuk menyingkirkan sekutunya sendiri iaitu TS Khalid.
Anwar sememangnya yakin Pas akan menolak Wan Azizah dan begitu juga dengan Baginda Sultan Selangor dan Undang2 Tubuh Negeri.
Dengan hanya dua nama yang dicadangkan Tuanku Sultan Selangor boleh meminta tambahan nama ataupun boleh memilih salah-satu dari dua orang yang kurang resikonya ke atas negeri Selangor.
Pada pandangan penulis, perlantikan seorang wanita sebagai MB tidak menyalahi undang2 Tubuh Negeri kerana ianya tidak pun dinyatakan dengan secara jelas selain dalam terjemahan berbahasa Inggeris perkataan "He" digunakan sebagai ganti nama untuk Menteri Besar.
Untuk itu pada pandangan penulis Tuanku Sultan boleh melantik Wan Azizah kerana beliau lebih "naive" berbanding Azmin, demi untuk mengurangkan kesan kerosakan kepada negeri Selangor.
Walaubagaimanapun Tuanku Sultan boleh mensyaratkan supaya TS Khalid dilantik sebagai penasihat MB dan juga mangambil jawatan "Penasihat Ekonomi Selangor" daripada DSAI.
Bagaimana dengan pandangan para pembaca pula???
cadangan bodoh, dah pupus ke ADUN jantan dalam negeri ini
ReplyDeleteMajoriti rakyat kajang yg hendakkan pompuan jadi mb sebab memberi kemenangan pada azizah.
ReplyDeletePas kejap ade telor kejap takde telorr !
ReplyDeleteSumbat kan cepat si peliwat jahanam tu ke penjara....
ReplyDeleteberkwn dgn anu war serupa main dgn ular tedung,satu masa akan dipatuknya tuannya sdiri.dah nampak tuan ular sdiri mati kena patuk ular belaannya sdiri
ReplyDeleteAzizah sebagai MB? Boneka saja. Anwar/Azmin akan berkuasa. 3.2 billion akan habis dikebas mereka. No. Tak boleh.
ReplyDeletePilihan Khalid / Tuanku Sultan ialah:
(1) Tunggu tindakan ROS (dan MACC) ke atas PKR. Kalau sabit, PKR de-register. Maknanya, pemecatan Khalid tak sah. Khalid boleh teruskan tugasnya sebagai MB.
(2) Bubar DUN bulan November bila mereka buat "undi tak percaya."
(3) PRN nanti Selangor bayar, sebab ini ankara Selangor bukan Federal.
target sebenar anak panah yg akan dilepaskan adalah pada sultan sebenarnya. Nuar laknat tu telah mengistiharkan perang pada sultan bukan pada Pas atau TSKI itu yang sebenarnya. Isu sebenar telah dikaburi dgn mencipta drama sokong menyokong, U-turn dan sebagainya. Itu yang rakyat Selangor kena teliti, tengok dan faham. Sekarang sultan telah dikepit kiri kanan depan belakang. Semua sultan nak kena jawap nak kena selesaikan dan nampaknya sultan tiada pilihan selain membenarkan Tanah jajahan Selangor ditadbir oleh mereka yg gila segalanya. Kalaupun dibubarDun sekalipun, PKR dan Dap akan menang. Manakala Pas tak payahlah diulas lebih-lebih sebab mereka dah jadi TAIK dalam tangki. Umno-jgn harap le engkau nak bangkit dr tidor sebab korang dh tidur dulu kini dan selamanya. Apapun, semua keputusan ada di tangan pengundi Selangor bukan sultan sekurang-kurangnya untuk setakat ini.
ReplyDeletebuat pilihanraya negeri. biarlah berapa pun kosnye, rakyat yang tanggung. bukan duit korang pun. bagi semula pihan kepada rakyat untuk menentukan sia[pa layak jadi MB selangor.
ReplyDeletejangan banyak songeh admin,bubar DUN je lagi baik,betul tak TKI.
ReplyDeletecadangan apa ni? beri jawatan mb kpd wan azizah, lantik khalid ibrahim jadi penasihat ekonomi. apa cerita ni tuan, bukan semudah itu. khalid ibrahim sudah dipecat dari pkr, mana mungkin pakatan rakyat hendak menggunakan dia lagi. pas yang pada mulanya menyokong dan angkat khalid tinggi2, semalam terus dihempas dan dipijak. dan kenyataan bahawa wan azizah paling tidak berisiko terhadap eset kewangan selangor sebab dia naif juga adalah pendapat yang amat naif!! siapa proksi wan azizah? bukan dapkah? dengan menaikkan wan azizah, dapa akan menjadi raja dengan segala kebebasan untuk mencatur dan menjarah semua hasil mahsul selangor. semua projek buncitkan perut akan dikebas oleh dap. tak hancur ekonomi selangor jika begitu? kena ingat secara mudah begini, jika sebut wan azizah, jangan lupa sebut sekali anwar ibrahim dan dap.
ReplyDeleteKalau rakyat Selangor shj yg tanggung pilihanraya takpe,ni duit tax aku org negeri lain pun kena.Ni lah bahananya kalau tak tau memilih.
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=PtgGOKEqoFQ
ReplyDeleteDengan ini permaisuri dayang senandung malam dilantik menjadi menteri besar negara Pasir Berdengung tetmasuk negeri Pinang Sebatang.......
ReplyDelete