bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Jul 2009

Speaker DUN Selangor Utamakan Undang2 Parlimen Komanwel ?????


Tidak langgar peraturan - Mohd. Khir
Dipetik dari Utusan Online


SHAH ALAM 14 Julai - Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo menegaskan, beliau tidak melanggar mana-mana peraturan apabila mengemukakan saman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim di tempat letak kereta Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Khamis lalu.

Menurutnya, mengikut Perkara 77 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, imuniti wakil rakyat di negeri itu hanya dipakai di dalam sidang DUN dan bukannya di luar Dewan.

''Sepatutnya Speaker, Teng Chang Khim merujuk terlebih dahulu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

''Sekiranya tiada peruntukan itu, barulah beliau merujuk pada peruntukan dan amalan Parlimen di negara Komanwel,'' katanya ketika ditemui selepas sesi pagi sidang DUN Selangor di sini hari ini.

Mohd. Khir yang juga ADUN Sungai Panjang mengulas kenyataan Chang Khim bahawa imuniti wakil rakyat Selangor bermula di pintu masuk utama bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hingga ke dalam DUN termasuk tempat letak kereta.

Berdasarkan tafsiran itu, Chang Khim menganggap bekas Menteri Besar itu telah menghina DUN apabila menyerahkan surat saman kepada Ng Suee Lim di kawasan letak kereta DUN.

Surat saman itu berhubung dakwaan Suee Lim bahawa Mohd. Khir memiliki banglo berharga RM24 juta di Seksyen 7 di sini.


Komen Isac;

Perang antara DS Khir dan YB Ng. Suee Lim nampaknya tidak akan berakhir dengan mudah. Tuan Speaker Chang juga telahpun masuk campur dan menyebabkan pertembungan mereka ini semakin hangat.

Apa yang menghairankan saya macam mana seorang Speaker DUN Negeri Selangor lebih mengagongkan undang2 Komanwel daripada Undang2 Tubuh Negeri Selangor? Adakah dia merasakan bahawa beliau menjadi speaker DUN Australia, Singapura ataupun Britain ?

Inikah Tok2 Wakil yang benar2 dimahukan oleh Rakyaat Malaysia yang telah mengundi mereka dalam PRU 12 yang lalu? Undang2 negeri sendiri pun tidak tahu?

Kepada Rakyaat Malaysia lihatlah muka2 pemimpin2 yang kamu pilih ini camkan betul2 dan pastikan kamu tidak akan mengundi mereka lagi di dalam PRU 13 nanti.

Memilih pemimpin perlu gunakan akal yang waras, memilih mereka yang benar2 berkelayakan dan yang benar2 memperjuangkan kepentingan rakyaat. Bukannya mereka yang hanya pandai mengucapkan ayat2 yang retorik demi memancing undi dan pandai menghamburkan fitnah kepada pihak lawan tetapi diri mereka sendiripun banyak yang tak betul. Bak kata pepatah, "Seperti ayam berkokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahi".



































3 comments:

  1. Nampaknya dalam konteks PR di Selangor, konsep,
    "di mana bumiyang ku pijak di situ langitnya ku junjung" tidak terpakai, kerana mereka lebih mengutamakan undang2 luar.

    ReplyDelete
  2. Jika rakyaat yang "derhaka" X ikut undang2 dan perlembagaan mungkin kita boleh sumbatkan dalam jel ataupun lucutkan kerakyaatan.

    Kalau pemimpin yang "derhaka" nak buat macam mana?
    Lucutkan kerakyaatan juga?

    ReplyDelete
  3. Setuju!!!! Kita buang negara!!!! Pergilah duduk Australia ke? Singapura ke? Britain ke?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3