Mustapa berkata, untuk membuktikan bahawa segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya termasuk Barisan Nasional (BN) itu tidak benar, rakyat Kelantan harus memberi peluang bagi membolehkan beliau serta BN buktikan segala janjinya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Selasa depan. Katanya, sekiranya BN menang, kawasan Manek Urai akan menjadi model transformasi kepada kejayaan BN dan sekali gus membuktikan bahawa masyarakat Kelantan masih inginkan pembangunan. "Beri peluang kepada kami (BN) untuk buktikan dalam tempoh tiga tahun ini sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti, untuk membuktikan keikhlasan BN yang selama ini memperjuangkan nasib rakyat serta pembangunan negeri ini," katanya.
Komen Isac;
Kawasan carigali minyak/gas ini sebenarnya berada lebih hampir dengan kawasan perairan Thailand. Ia dikira berada di dalam kawasan pentadbiran Kerajaan Pusat kerana ianya berada dalam lingkungan 100 hingga 200 kilometer (70 hingga 150 batu nautika) daripada pantai negeri Kelantan. Dari sudut undang2 Kerajaan negeri Kelantan tiada hak ke atas kawasan ini.
Foto diambil dari Blog Abang Tuah
Walau bagaimanapun atas dasar tolak-ansur ataupun atas dasar perikemanusiaan pihak Kerajaan Pusat boleh mempertimbangkan untuk memberikan Kelantan 5% royalti minyak seperti yang dinikmati oleh negeri Terengganu. Tapi perlu diingat pertimbangan tersebut adalah atas dasar ikhsan dan kerajaan negeri Kelantan tiada hak untuk memaksa kerajaan pusat untuk berbuat demikian.
Tetapi jika Pas secara terus-terusan mencaci dan menghina Kerajaan Pusat (BN/Umno) dan menyamakan mereka dengan berbagai-bagai perumpamaan yang menghasut, memfitnah dan berniat jahat seperti "Kafir", "Toghut", "Komunis", "Ayah Pin", "Chin Peng", "Parti Assobiyyah" dan lain-lain lagi saya pasti selagi itulah Kelantan tidak akan mendapat ikhsan mereka.
Kerana menghadiahkan 5% royalti minyak kepada Kerajaan Kelantan adalah umpama ,"Melepaskan anjing yang tersepit". Untuk rekod Kelantan menikmati peruntukan terbesar dalam RMK 9 yang lalu, iaitu RM 7.6 Bilion tetapi kerajaan negeri (Pas) langsung tidak menunjukkan rasa terimakasih kepada kerajaan pusat.
Sedikit petikan dari Malaysiakini.com, Link:http://www.malaysiakini.com/news/107437
di atas tajuk, "K'tan guna saluran politik, diplomasi tuntut royalti minyak"
Jun 29, 09 2:37pm.
"Husam berkata, beliau yakin kerajaan pusat akan mempertimbangkan pemberian royalti itu kerana Terengganu, yang pelantar minyaknya terletak 220 kilometer di perairan negeri itu menerima bayaran royalti minyak.Katanya, pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer dari perairan Kelantan, maka jarak lebih dekat itu mewajarkan kerajaan pusat membuat bayaran royalti minyak kepada Kelantan.
Beliau berkata nama pelantar minyak berkenaan juga menggunakan nama bahasa Melayu, iaitu antaranya pelantar bunga raya, pelantar cakerawala dan pelantar bintang. Katanya kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat Malaysia, sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak".
Walau apapun hujahnya mengikut undang-undang sediada, royalti minyak untuk negeri Kelantan adalah tertakluk kepada 'Ikhsan" Kerajaan Pusat kerana dari segi perundangan kerajaan negeri sememangnya tidak ada hak ke atasnya.
salam perjuangan,
ReplyDeleteSebenarnya, zon telaga minyak tersebut tersasar jauh dari 100km yang dibenarkan sebagai perairan sesebuah negeri. Oleh itu ianya berada di PERAIRAN ANTARABANGSA MALAYSIA.
Pembaca juga perlu ketahui bahawa, zon ini juga adalah KAWASAN BERTINDIH 3 NEGARA- THAILAND-MALAYSIA-VIETNAM.
OLEH ITU SEBARANG PEMBANGUNAN, PERLUKAN PERSETUJUAN 3 BUAH NEGARA TERSEBUT.
DALAM INDUSTRI HULUAN (PENCARIGALIAN) MINYAK, KESTABILAN POLITIK AMAT PENTING, SEBAB ITU, saya amat berharap Klenatan tidak memanjangkan isu yang TIADA KAITAN dgn mereka.
Kelantan boleh claim sehinggan ke mahkamah antarabangsa di The Hague, Holland, tapi saya yakin, ianya akan memihak Kerajaan Pusat (Kerajaan Malaysia)
Takat cakap ada bukti, tapi tak tunjuk bukti, tak bawa ke mahkamah watpa...PAS cakap saja. Penyokong dan pucuk pimpinan dia buta perlembagaan negara.
ReplyDeleteanakmuda
http://ohpolitik.blgspot.om
Tuntutan yg dibuat ikut nafsu, tidak guna akal. Memang gitu lah mentaliti orang PAS ni. au Pahang akan akan perolihi hasil minyak kerana layak, maka Kelantan pun akan terima juga jika layak. Masalahnya tidak layak, nak buat macam mana !
ReplyDelete