bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Jul 2009

Dr Asri tegur sikap PAS cerca orang lain kerana perbezaan pendapat


Dipetik dari mStar Online

Sabtu Julai 18, 2009
Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menegur parti PAS agar tidak terus mencerca orang lain hanya disebabkan perbezaan pendapat. Menurut beliau, PAS yang memperjuangkan Islam sepatutnya tahu bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan diadili oleh Allah di akhirat kelak. "Perkataan Islam disebut dalam PAS, adakah mereka lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

"Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?," katanya kepada mStar Online. Dr Asri juga menyifatkan isu 'Kerajaan Perpaduan' adalah satu contoh yang menunjukkan PAS bukan hanya mencerca pihak lain malah pemimpin-pemimpin mereka yang menyokong konsep tersebut turut menerima nasib yang sama.

"Sehingga kepada sesama sendiri pun dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'," katanya. Tegasnya, ada pihak dalam PAS sendiri yang menghalalkan cercaan itu dengan memberikan alasan 'orang lain' lebih teruk. "Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?



"Apa akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki'," ujar belia lagi. Dr. Asri juga tidak menolak kemungkinan PAS akan bertindak menghina beliau selepas kenyataannya ini dikeluarkan. "Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

"Mereka maki Tan Sri Harussani (Mufti Perak) apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya... dulu, mereka juga pernah memaki saya," katanya. Dr. Asri menjelaskan, beliau bukan bermusuh kepada PAS tetapi ia hanya sebagai teguran seperti mana yang pernah dilakukannya terhadap parti Umno. Beliau berharap pemimpin tertinggi PAS dapat menasihati ahli-ahli mereka terutama yang menjadikan laman blog sebagai medium untuk mencerca orang lain supaya lebih berakhlak.

Jelasnya, generasi muda pada masa ini semakin bijak menilai bahawa budaya politik maki hamun dan carut-marut hanya kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam.


Komen Isac;

Biasa kita dengar orang daripada parti agama (Islam) mahupun badan2/persatuan2 dakwah mengatakan bahawa Islam adalah satu "package" yang perlu kita ambil dan praktikkan keseluruhan ajaranyanya dan bukannya memisahkan Islam daripada kehidupan seharian, kerana Islam adalah cara hidup.

Memisahkan Islam daripada kehidupan seharian adalah cara sekular. Sesungguhnya menegakkan hukum Hudud adalah wajib fardhu kifayah, tetapi kebanyakkan daripada kita terlupa bahawa mengata, menghina dan memfitnah orang lain bukan cara Islam malah amat-amat ditegah oleh agama kita.
Kembalilah ke pangkal jalan.


Islam/Melayu Mesti Bersatu!!!!!!

2 comments:

  1. SLM BRO..KWN STUJU 100%!!

    ReplyDelete
  2. sedih kerana perbezaan pendapat ini mereka meminngirkan kawan atau sahabat yang dulu nya rapat malah sanggup memutuskan silatulrahim sekiranya mereka ditegur.malang sekali menanggap mereka yang betul dari akidah dan menuduh orang lain kurang agama.adakah ketayap tu modal ihsannya?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3