bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Jul 2009

Penduduk Uighur Dilarang Tunai Solat Jumaat - Bila Sesuatu Kaum Itu Lemah, Inilah Padahnya!!!

Dipetik Dari Utusan Online.


URUMQI 10 Julai - Penduduk Islam di Urumqi tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat hari ini apabila pihak berkuasa China mengarahkan masjid- masjid di ibu kota Xinjiang ini ditutup.

Foto 1: ETNIK Uighur berdiri di pintu masuk sebuah masjid di bandar Urumqi, di wilayah Xinjiang setelah mereka diberitahu kerajaan China tidak membenarkan sembahyang Jumaat diadakan semalam. - REUTERS
Foto 2: Kumpulan Polis/Askar Yang Mangawal Ketat Sebuah Masjid di Xingjiang.


Bagaimanapun, beberapa buah masjid akhirnya dibuka untuk solat tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa telah menarik balik arahan berkenaan atau masjid itu dibuka kerana desakan orang ramai yang berhimpun di luar masjid.

Polis dikerah berkawal untuk mencegah kekacauan etnik daripada meletus semula. Penduduk Islam Uighur berkata, mereka telah diarah bersembahyang di rumah sementara pasukan bersenjata membanjiri jalan-jalan raya di sini, lima hari selepas pertempuran etnik yang menyebabkan sekurang-kurangnya 156 orang maut.

"Kerajaan mengumumkan solat Jumaat tidak akan diadakan hari ini. "Kami tidak boleh berbuat apa-apa, kerajaan takut penduduk akan menggunakan agama untuk menyokong 'tiga kuasa'," kata seorang lelaki Uighur bernama Tursun di luar masjid Hantagri, antara masjid yang tertua di ibu kota ini, sementara kira-kira 100 anggota polis bersenjatakan mesingan dan belantan berkawal di sekitarnya.
Kerajaan China merujuk 'tiga kuasa' kepada fahaman pelampau, fahaman pemisah dan keganasan. Beijing mendakwa ketiga-tiga kuasa tersebut cuba memisahkan Xinjiang dari bahagian lain negara ini. Penduduk etnik Uighur yang berjumlah lapan juta di Xinjiang sudah lama mengadu mengalami penindasan agama, politik dan ekonomi di bawah pemerintahan China dan kemarahan yang sudah lama terpendam itu diluahkan pada Ahad lalu dalam bentuk protes yang kemudian bertukar menjadi ganas.

Kerajaan China melaporkan 156 orang maut dan lebih 1,000 lagi cedera apabila penduduk Islam Uighur menyerang penduduk daripada kumpulan etnik utama di China, Han. Namun kaum Uighur berkata, pasukan keselamatan bertindak keterlaluan terhadap protes yang berjalan secara aman. Mereka mendakwa sehingga 800 orang dipercayai terbunuh dalam kekacauan itu, termasuk semasa operasi pasukan keselamatan. - AFP
Komen Isac;
Nak solat Jumaat pun kena sekat..... Dah lah selamanya mengemis di tanahair sendiri....Penduduk kaum Han, diimport ke sana beramai-ramai sehingga penduduk asal menjadi golongan minoriti. Begitu sedih bukan? Itulah nasib jika sesuatu kaum itu lemah....Akan selamanya ditindas.
Menurut Asiacalling,
Pelajar, pegawai negeri dan pejabat pemerintah tidak diperbolehkan memelihara jenggot sampai mereka tua. Jenggot merupakan bukti keyakinan agama mereka. “Ada kader pemerintah di setiap jalan masuk Mesjid. Jika Anda berasal dari badan kerja pemerintah, Anda tidak diperbolehkan masuk. Di kota, 50% orang bekerja di unit kerja. Ini berarti setengah penduduk kota tidak dapat memasuki Mesjid.

Di tahun 1990an, berlangsung serangkaian unjuk rasa politik dan serangan keras yang terutama dilakukan oleh minoritas UIGHUR. Peristiwa itu menyebabkan semakin ketatnya peraturan terhadap warga Muslim. Penyebabnya kelihatannya dipicu oleh keyakinan agama.

Warga Muslim tidak diperbolehkan menghadiri sekolah agama atau datang ke mesjid sampai umur 18 tahun. Kegiatan dan ekspresi agama dilarang ketat di sekolah negara.

Anak-anak sekolah tidak diperbolehkan berdoa, memakai pakaian atau symbol agama, serta berpuasa di bulan Ramadhan. Pejabat pemerintah memantau mesjid dengan ketat serta memilih pemimpin agama secara hati-hati.

Itulah juga yang akan berlaku kepada kita jika kita terus hendak berbalah & berpecah-belah.
Melayu/Islam mesti Bersatu!!!!!

2 comments:

  1. Kerajaan perlu buat sesuatu agar umat Islam bersatu dibawah pemerintahan sekarang. PAS & PKR menggalakkan perpecahan sesama Islam.

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  2. yong pun harapkan agar umat islam dimalaysia ni brsatu padu, kuatkan siratulrahim sesama kita..toleransi sesama jiran tetangga, membudayakan amalan berbaik sangka, tolong menolong, ringan sama dijinjing,berat sama dikendong, anak jiran, ank kita, pupuk budaya bersatu hati jauh hasad dengki,;barulah kita hidup aman damai. lslam pun akan dipandang mulia dan orang lain akan menghormati kita.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3