Dipetik dari Harakahdaily Jumaat, 10 Jul 2009
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Sebagai parti yang mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan umatnya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) menggesa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang baru saja mengadakan lawatannya ke China, menjelaskan secara terperinci situasi umat Islam yang berada di Wilayah Xinjiang, khususnya di kawasan Urumqi.
Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China, sehingga beratus orang terkorban dan lebih seribu orang ditangkap oleh pihak berkuasa China sungguh membimbangkan.
Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China, sehingga beratus orang terkorban dan lebih seribu orang ditangkap oleh pihak berkuasa China sungguh membimbangkan.
"Pada masa yang sama kita minta PM memaklumkan keadaan keselamatan masyarakat Islam Malaysia yang menetap di sana, sekiranya ada," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. Kata Ahli Parlimen Bachok itu selaras dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke China pada bulan Jun lalu dengan maksud memperluaskan hubungan Malaysia-China, menyambung tradisi yang pernah dilakukan oleh Allahyraham Tun Abdul Razak sebelum ini, Najib bertanggungjawab memberikan penjelasan di Parlimen jika boleh, rusuhan yang telah membunuh dan mencederakan umat Islam di Xinjiang yang mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia.
"Sehubungan itu, kerajaan perlu menilai semula hubungan diplomatiknya dengan China jika China tidak dapat menjelaskan kedudukan yang sebenarnya termasuklah memanggil Duta China untuk memberikan penjelasan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya Konsep "One Malaysia" Dato Seri Najib yang menghimpunkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia tidak akan menjadi realiti dan hanya retorik politik sahaja jika beliau tidak dapat memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di Xinjiang pada masa kini, katanya.
Menurut laporan agensi berita pergaduhan kaum antara minoriti Islam Uighur dan etnik Han di Xinjiang, China, semakin terkawal semalam walaupun keadaan di wilayah itu masih tegang.
Kekacauan di bandar Urumqi tercetus apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat untuk membantah kematian beberapa pekerja di kilang Uighur dalam rusuhan pada 25 Jun lalu. Seramai 156 terbunuh dalam pergaduhan tersebut dan etnik Uighur telah lama mendakwa mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi. - azm _
Lnk; http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21651&Itemid=1
Komen Isac;
Sebagai suatu negara kecil, yang boleh kita lakukan hanyalah menyatakan bantahan terhadap insiden yang berlaku. Kita hanya lah seperti "anjing yang menyalak bukit". Mungkin apa yang kita boleh lakukan, ialah memohon untuk menjalankan projek-projek usaha-sama di wilayah tersebut untuk membangunakan masyarakat di kawasan tersebut seperti yang telah kita lakukan di kepulauan Moro.
Cuma apa yang saya hendak nyatakan disini, rusuhan yang terjadi di bandar Umarqi, Xingjiang, China sepatutnya dijadikan teladan untuk kesemua umat Melayu/Islam di Malaysia.
Jika kita lemah, berpecah-belah, khianat-menghinanati dan jatuh-menjatuh seperti sekarang, tidak mustahil kita akan mengalami nasib yang sama seperti yang dialami oleh masyarakat Uighur ini.
Bagi kita yang tidak menguasai ekonomi, kuasa politik adalah 'talian hayat" kedua terakhir (yang terakhir adalah doa) supaya kita tidak ditindas di Tanahair sendiri. Lihat lah di sekeliling kita di mana-mana sahaja di dunia ini masyarakat Islam dan penduduk peribumi yang diperintah oleh pemimpin yang bukan Islam hampir semuanya tertindas.
Semoga insiden di Xingjiang ini akan menyedarkan umat Melayu/Islam di Malaysia akan pentingnya untuk kita bersatu.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.