Amerika Syarikat akhirnya berjaya melancarkan "Space Shuttle" Endeavaur semalam, selepas tertangguh selama beberapa minggu. Ini adalah salah satu siri kemajuan demi kemajuan yang berjaya dicatatkan oleh Kuasa Besar Dunia itu.
Kejayaan demi kejayaan yang mereka kecapi sepatutnya dijadikan contoh dan teladan bukan sahaja oleh umat Islam/Melayu di Malaysia malah umat Islam di seluruh dunia.
Sekarang ini orang-orang bukan Islam, kelihatan lebih "Islam" dari segi kepandaian, pencapaian, disiplin, berbaik sangka, tolong-menolong bahkan dari segi perpaduan di antara mereka.
Kita sebagai umat Islam yang tahu kepakaran menguasai sesuatu cabang ilmu itu sebagai wajib fardhu kifayah, tertinggal dalam segala bidang dan jurusan. Hidup kita dalam kedaifan bahkan yang lebih teruk kita saling bermusuhan sesama kita.
Islam adalah suatu agama yang begitu mementingkan perpaduan, setiap waktu (5 kali sehari) kita diseru agar menunaikan solat berjemaah menyembah kepada Allah s.w.t (Tuhan yang satu), Setiap Jumaat kita dihimpunkan pula di masjid2, dua kali setahun kita berhimpun untuk solat sunat Aidil Fitri & Aidil Adha. Bahkan seumur hidup sekali, kita diwajibkan untuk berhimpun di Tanah Haram Mekah & Madinah untuk menunaikan fardhu Haji selain Umrah (sunat yang dituntut).
Sepatutnya kitalah umat yang paling bersatu-padu di dunia ini tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.....Kita kini terpisah oleh asobiyyah kepartian yang melampau, berpolitik sepanjang tahun, fitnah-memfitnah, kata-nista, benci-membenci dan berbagai-bagai lagi penyakit hati yang lain.
Bagaimana Amerika Syarikat yang kita katakan sebagai "kafir" dan "zalim" itu boleh mengenepikan perbezaan fahaman politik masing-masing untuk membangunkan negara mereka, semaju-majunya? Mereka berpolitik bermusim, tetapi kita berpolitik sepanjang tahun. Samalah seperti iklim Khatulistiwa yang bermaksud, "Panas dan lembab sepanjang tahun". Yang ruginya siapa? Bagaimana pembangunan negara dapat dilaksanakan jika suatu pihak lagi asyik memburuk-buruk negara di mata dunia dan masyarakat dunia?
Bukankah perbuatan ini samalah juga seperti hendak "mensabotaj" negara dan rakyaat? Jika kerajaan gagal mencapai matlamat yang dirancang, maka mereka akan mengatakan bahawa kerajaan yang ada tidak competen tetapi hakikatnya kegagalan tersebut berlaku di atas perbuatan khianat sebahagian daripada kita. Bukankan perbuatan-perbuatan seperti ini merupakan tingkah-laku para pengkhianat?
salam ziarah...
ReplyDeleteblog yg menarikk.....
www.buaya-merah.blogspot.com