KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Sebagai wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi liabiliti kepada perjuangan Umno dan suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan beliau.
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Aljundi menegaskan sebagai 'first lady' yang sentiasa menjadi tumpuan ramai tidak boleh kekal mendiamkan diri. "Jika tidak mempertahankan, ia seolah-olah ada benarnya juga," kata Athirah merujuk laporan dalam satu portal berita baru-baru ini. Hampir dua minggu tiga klip video berupa dokumentari pendek yang menyiarkan beberapa orang yang dikatakan saudara terdekat Rosmah Mansor memberi gambaran negatif terhadap beliau.
Apa yang jelas, bagi Athirah belenggu 'hitam' yang membayangi wanita pertama itu akan terus menghantui perjalanan politik negara. "Isu-isu 'C4' misalnya dikaitkan langsung dengan beliau. Malah rakyat juga percaya Najib duduk di bawah telunjuk Rosmah dan ternyata ia sangat sukar untuk dinafikan," katanya. Beliau juga menolak penyebaran klip video itu bukan semata-mata satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib. Bagaimanapun apa yang menimbulkan tanda tanya, kata Athirah tidak pernah berlaku dalam sejarah negara 'first lady' menjadi tumpuan pemimpin besar negara luar malangnya sehingga kini masih tidak terjawab oleh beliau.
"Najib sebagai Perdana Menteri tetapi Rosmah yang lebih berperanan dalam sidang tertentu, Najib pula tidak menonjol," katanya. Justeru, tegas Athirah, Rosmah harus membersihkan nama baiknya dan membuat penafian terhadap klip video tersebar itu sepertimana beliau pernah membuat kenyataan tidak mengenali wanita Mongolia.
Tiga klip video yang tersebar itu memaparkan beberapa individu yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rosmah. Video yang disebarkan dalam 'you tube' itu semakin mendapat perhatian pengunjung internet.
Video berupa dokumentari itu, menyiarkan beberapa interview yang membongkar kisah perjalanan hidup Rosmah Mansur dari awal kemuculannya hinggalah beliau menjadi isteri Najib Tun Razak.
Ekoran kemunculan klip video itu, dilaporkan dua pelajar Universiti Malaya Izuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin Ahmad Rosli meringkuk di balai polis sejak minggu lalu. Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri. Badrul Hisham dilaporkan tidak mengetahui tentang penerbitan video itu. - azm
Komen Penulis;
Mengapa di Akhir Zaman ini orang yang dituduh pula yang terpaksa menunjukkan bukti bahawa diri mereka sebenarnya tidak bersalah? Pelik bukan? Yang membuat kita bertambah pelik ialah Tok Wakil dari "Parti Islam" pun mahukan perkara yang sedemikian...
Saya hairan bagaimana "Harakahdaily.net boleh melaporkan bahawa Puan Athirah sebagai berkata, "Beliau (Puan Athirah) juga menolak penyebaran klip video itu bukan semata-mata satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib". Macamana dia ini (Pn. Athirah) boleh begitu pasti mengenai perkara di atas? Pelik bukan??????? Ahli nujum ke Cik Puan kita ni ?
Apalah sangat dengan sekadar membuat penafian? Walau macamana dinafikanpun bukannya mereka ini hendak terima...Dah memang "mental block".....Cakap lah apapun...fitnah jugak yang lebih mereka percayai....
Mungkin mereka terlupa bahawa;
Firman Allah Ta'ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujrat, ayat 6)
Dipetik dari http://ulamaummah.blogspot.com/2008_02_01_archive.html
Inilah budaya yang telah diterapkan kepada jenerasi kita, kalau orang itu di pihak "musuh" kita, maka semua perkhabaran yang buruk2 tentang mereka kita akan terimanya bulat2.
Sebaliknya jika perkara yang sama berlaku ke atas ahli/"geng" kita, waima ada bukti gambar2 separa lucah pun, kita akan menolaknya bermati2an dengan alasan "beliau"/"geng" kita tu adalah mangsa di dalam kes tersebut dan orang yang sebenarnya terinyaya.
Ini lah dia politik/asobiyyah akhir zaman di mana ianya bukan lagi berasaskan kepada puak, kafilah atau kaum yang tertentu tetapi berasaskan kepada "Asobiyyah Kepartian". Yang masih belajar di Universiti2 pun telah terikut2 untuk menunjukkan kesamsengan mereka....
Sekarang ini di kalangan kita, bukan sahaja terdapat ramai orang yang "fasik" bahkan ramai juga yang telah menjadi "Yahudi" & "Nasrani" Melayu.
Nota: Saya ada melihat satu daripada video tentang Datin Seri Rosmah Mansor, bagi saya video itu lebih kepada urusan keluarga. Jumpa X ditegur...pun nak buat video...Kalau orang tu X nampak macam mana? Lagipun orang "kecil" lah yang nak kena tegur orang "besar". Itukan antara adab pergaulan...
SALAM ZIARAH BRO..PAS NI PANDAI CKP TERLABIK..PSL DATIN ROSMAH TAK PAKAI TUDUNG PUN NK JD ISU BESAR. TGOK AJE KT INDON TU. SEBUAH NEGARA ISLAM YG BESAR. LG FANATIK!. BINI PRESIDEN SBY TAK PAKAI TUDUNG GAK. TP DIORANG X BISING PUN. CUBA LA PAS PEGI SANA KUTUK BINI PRESIDEN TU AKU NAK TENGOK BERANI KE TAK? KEHKEHKEH
ReplyDeletehehe.... abes tuh pasti ke kita semua yang anwar bersalah???? haha... kalakar r ko ni guna ayat quran untuk benda cmni... cmtu kuarkan la ayat tntg aurat plak... ingat... jgan gne sbhagian al-quran dan mngabaikan sbhagian yg len.... dua prkara yg kalo kita berpgang padanya, kita xkan sesat... Al-Quran dan Sunnah Nabi saw....
ReplyDeleteYa Allah, ada lagi org yang percaya kat NuarBrahim. Orang atasan mana2 party pun dah tau cerita sebenar.. diorang dok gunakan Nuarbrahim untuk sokongan rakyat. kalo tak percaya, tanyalah presiden party korang. Belajar tinggi2, tapi benda kecik pun tak leh fikir. taksub sgt ngan pemimpin.
ReplyDelete