bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Jul 2009

Bukti Rakyat kembali Yakin Kepada BN - DS Najib


July 16, 2009 : 02.06 AM--->
Dipetik dari Agenda Daily

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai kerana ia menunjukkan usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu. Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu. “Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di Sharm El-Sheikh,bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setelah calonnya, Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi. “(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi Insya-Allah. “Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan,” katanya.

Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata beliau telah pun menyampaikan penghargaan dan tahniah beliau kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan juga calon BN sendiri. “Walaupun kita tidak berjaya tetapi ini satu kemenangan moral yang besar kepada BN,” kata Najib, merujuk kepada perbezaan besar majoriti 65 undi yang dimenangi Pas berbanding majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum tahun lalu. Mengenai jumlah undi rosak sebanyak 117 undi, iaitu melebihi undi majoriti kemenangan Pas, Najib berkata, BN belum mengetahui punca mengenai undi rosak tersebut. Katanya BN akan membuat bantahan sekiranya didapati wujud perkara yang meragui semasa pilihan raya itu.

Jika tidak, kata beliau, BN tetap menerima keputusan itu dan menganggapnya sebagai kemenangan moral untuk BN. Mengenai isu-isu yang mempengaruhi pengundi di Manik Urai, Perdana Menteri berkata: “Kami perlu menilai sama ada mereka dipengaruhi oleh isu tempatan atau nasional atau gabungan kedua-duanya. “Tetapi, walau apa pun kami puas hati bahawa terdapat perubahan yang berlaku di Manek Urai. Dan ia kawasan majoriti Melayu,” katanya. – 15/6/2009
Komen Isac;
Seperti komen saya terdahulu, semuga kemenangan tipis Pas di Manek Urai akan membuatkan Pas berfikir semula untuk memberikan sedikit ruang kepada perbincangan perpaduan dengan Umno.
Kesan "permusuhan" antara Umno dengan Pas kepada umat Melayu/Islam di Malaysia khususnya dan keseluruhan rakyaat Malaysia amnya bolehlah diibaratkan seperti perumpamaan, "Menang jadi abu, kalah jadi arang". Menang atau kalah, kedua2nya merugikan.
Sebagai kaum majoriti, kestabilan dan kemakmuran negara akan lebih terjamin jika kedua2 parti politik ini dapat dipadukan kerana sudah tentu masa yang terbuang untuk "too much politiking" lebih bermakna jika digunakan untuk membangunkan negara.
Jestru itu kaum2 lain di Malaysia sepatutnya tidak menangguk di air yang keruh, kerana walaupun dengan perpecahan Umno dan Pas, mereka sudah pasti akan dapat membuat tuntutan2 yang lebih di dalam "memenangkan" kaum mereka, tetapi dari segi jangka panjang ketidak-stabilan yang berlaku akan merugikan semua pihak dan negara.
Maka demi masa depan negara dan generasi yang akan datang berfikirlah dengan bijak...Negara in "cukup" untuk kita semua, dengan semangat "1Malaysia" marilah kita bersatu dan berpadu, menuju masa depan yang gemilang....

1 comment:

  1. Salam bro,

    Inilah bukti umat Melayu tidak semua bersetuju dengan cara PAS yang memperalatkan agama untuk berkuasa......

    PAS sedia mengkhianati Melayu jika berada di kawasan yang ramai kaum bukan Melayu......

    Nik Ajis sepatutnya sudah berundur dari PAS, bawak sekali barua-barua Anwar Al Juburi dari PAS. Dia pun dan kaya raya lo ni, sajo jo buak-buak susah, bimbanag rakyat syak pulok nanti...............

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3