bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Jul 2009

Hero cedera ditetak - Dia Adalah Antara Hero2 Yang Semakin Dilupakan.


Dipetik daripada myMetro 3hb Julai 2009
(http://www.hmetro.com.my/)

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajul Al-Ansaram@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Niat murni seorang anggota polis yang ingin menyelamatkan sepasang suami isteri daripada menjadi mangsa samun hampir meragut nyawanya apabila dia ditetak penjenayah bersenjatakan parang. Sumber polis berkata, mangsa yang berpangkat konstabel yang sedang bercuti dari tugas sebelum terserempak dengan kejadian samun pasangan berkenaan kira-kira jam 11.30 malam kelmarin berhampiran Sunway Mentari, di sini.

Mangsa, Konstabel Omar Osman, 22, yang baru berkhidmat tiga bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Klang cedera parah selepas diserang tiga lelaki bersenjatakan parang.Difahamkan, sebelum kejadian, suami isteri itu diserang tiga lelaki ketika mereka sedang berjalan ke kereta.

“Dalam kejadian itu, si suami diserang lelaki terbabit manakala isterinya menjerit meminta tolong daripada orang ramai". “Beberapa orang awam yang mendengar jeritan itu kemudian datang membantu sebelum berlaku pergelutan. Dalam kejadian itu, seorang suspek berjaya ditahan manakala dua lagi melarikan diri". “Ketika itu, anggota polis terbabit yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya berhenti selepas melihat orang ramai berkumpul sebelum menghulurkan bantuan menahan suspek,” katanya.

Menurutnya, dua suspek yang sebelum ini melarikan diri bagaimanapun muncul semula bersama beberapa lagi lelaki lain sebelum menyerang orang ramai termasuk anggota polis berkenaan.“Kumpulan penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dipercayai datang semula ke lokasi kejadian untuk membantu membebaskan rakan mereka yang diberkas.“Dalam keadaan cemas itu, anggota polis berkenaan ditikam dan ditetak penjenayah manakala dua orang awam lain turut cedera di tangan dan badan akibat ditetak,” katanya.

Menurutnya, empat penjenayah terbabit kemudian sempat dilihat melarikan diri dengan sebuah kereta BMW. “Semua mangsa yang cedera dihantar orang ramai mendapatkan rawatan di hospital swasta berhampiran,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Petaling jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad mengesahkan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. Menurutnya, polis sedang berusaha mendapat lakaran wajah suspek selain menyiasat nombor kenderaan yang digunakan suspek.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, melawat mangsa di Sunway Medical Centre, petang semalam.Thaiveegan yang ditemui selepas melawat mangsa di wad hospital terbabit memberitahu anggota polis itu cedera akibat ditikam penjenayah pada lengan kanannya.

Komen Isac;

Kenapa kisah sebegini tidak mendapat publisiti meluas dikalangan pihak media terutamanya media2 dan pemimpin2 pembangkang? Adakah kerana beliau hanya seorang pegawai polis berpangkat rendah (konstabel), tidak berpendidikan tinggi dan bergaji kecil maka nyawa mereka ini langsung tidak bernilai? Dan pengorbanan mereka ini tidak perlu dihargai?

Saya takut itulah mesej salah yang telah kita sampaikan kepada jenerasi muda kita. Pengorbanan anggota2 polis yang yang sanggup meninggalkan dan berjauhan dengan keluarga, bersengkang mata siang dan malam, mengorbankan cuti, mengorbankan kehidupan lebih mewah di sektor lain dan sanggup menggadaikan nyawa mereka demi keselamatan, kedamaian dan kemakmuran kita semua, langsung tidak mendapat perhatian dan penghargaan yang sewajarnya daripada masyarakat.

Yang lebih ditonjolkan kepada masyarakat adalah pegawai2 polis kita makan rasuah, salah guna kuasa, ganas, menggunakan kekerasan terhadap tahanan bahkan sebahagiannya terlibat mengasari tahanan sehingga mengakibatkan mereka terbunuh.

Pihak pembangkang selalu menuduh pihak pemerintah Barisan Nasional sebagai mengamalkan pendakwaan "berpilih"....Polis memehak kepada kerajaan Barisan Nasional.....Jestru itulah institusi ini diserang habis2an tanpa belas.... Tetapi sedarkah mereka bahawa polis perlu mendokong kerajaan yang memerintah, jika tidak negara akan kucar-kacir. Jika ditakdirkan Pakatan Rakyaat dapat memerintah negara ini suatu hari nanti, mereka juga pasti akan menagih kesetiaan yang tidak berbelah bahagi daripada Institusi Kepolisian!!! Mungkin juga tuntutan yang sama daripada SPR, SPRM dan waima Institusi Kehakiman.

Juga sedarkah pihak pembangkang bahawa sejak 10 tahun kebelakangan ini mereka telah banyak membuat penuduhan, pendakwaan dan penghakiman terhadap institusi kepolisian negara secara tidak adil, berat sebelah, berpilih, bersifat berkepentingan dan kejam?

Walaupun kita setuju mendera secara melampau dan mengakibatkan suspek tahanan jenayah sehingga meninggal dunia adalah salah dan keterluan. Tetapi dalam masa yang sama pihak pembangkang khasnya, janganlah mengeksploitasikan perkara ini demi kepentingan (millage) politik mereka!!!! Secara logik, takkanlah polis hendak menyoal-siasat suspek, seperti mana kita hendak bertanyakan arah jalan kepada makcik2 di kampong2? Adakah suspek2/penjenayah2 akan bekerjasama sekiranya polis tidak menggunakan sedikit sebanyak kekasaran fizikal maupun mental?

Ataupun kita mahukan polis mengajukan soalan seperti berikut, "Tuan suspek..., selamat malam... Kami ni nak mintak tolong kamu mengaku ya...jika kamu benar2 melakukan rompakan tersebut. Nanti tolong tunjukkan sekali kat mana hasil rompakan tersebut disorokkan. Terimakasih.....". Macam tu boleh ke? Harus indeks jenayah kat Malaysia pun naik mendadak.... Polis pun X perlu bawak pistol dan belajar seni mempertahankan diri. Waima "pondan" pun boleh jadi polis :).

Perlu diingat bahawa institusi kepolisian adalah amat penting di dalam sesuatu masyarakat dan negara kerana institusi ini adalah salah satu faktor yang perlu ada untuk mengstabilkan negara kita. Jika institusi ini terus diperlekeh dan diperbudakkan saya takut suatu hari nanti keselamatan dan kestabilan negara yang akan menjadi taruhannya.

Apapun saya ingin mengucapkan syabas dan semuga cepat sembuh kepada Konstabel Omar Bin Osman (walaupun semasa bercuti pada hari berkenaan) dan bersama beberapa orang awam yang telah menyabung nyawa untuk menyelamatkan mangsa. Mereka adalah "hero".
Harapan saya agar peristiwa2 begini akan membuka mata masyarakat Malaysia untuk kembali menghargai jasa2 dan pengorbanan pihak polis, "Hero Yang Dilupakan".

Jestru itu saya menyeru semua parti2 politik supaya janganlah memainkan sesuatu isu itu sehingga melampau2 hingga akan mengakibatkan api kebencian yang membuak2 dan tidak dapat dibendung seperti sekarang. Ingatlah bahawa kita semua adalah bangsa Malaysia dan untuk berjaya kita semua mesti bersatu.




2 comments:

  1. Tak ade org nak komen ambo kemen sediri lah...

    Hidup Polis!!!! Hapuskan Ah Long!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. syabas abang polis..walaupon BUKAN masa bertugas,abang polis tetap menjalankan amanah yang telah diberi kapadanya..syabas sekali lagi..pada ANJING2 yang suka menyalak tu..yang mengatakan POLIS ganas la,rasuah la,salah guna kuasa la dan macam2 LA lagi...dah pergi ke melawat abang polis ni...mak nak pergi tengok la nyahh...tapi wad berapa hah??tima kasih abang Isac kerana story ni..mak out dulu ya nyah....nk cari abang polis

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3