bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Jul 2009

Merdekakan Pemikiran Politik Anda Dari Asobiyyah Kepartian (Siri 1)

Dipetik Dari Blog Tajdid Dr. MAZA (Bekas Mufti Perlis)
Disiarkan pada Jun 27, 2009
Tersiar Di Majalah Al-Islam keluaran Jun 2009




Link; http://drmaza.com/home/?p=650




Photo 1: Gambar2 Yang Dipetik dari Pilihanraya Di Malaysia

Ramai orang bercakap tentang politik atau pemikiran politik. Namun masih ramai yang melihat sesuatu pendapat atau idea dalam politik itu dari kacamata kepartian, bukan penilaian matang terhadap kebernasan hujah. Maka disokong sesuatu pandangan politik disebabkan pandangan itu ‘diterbitkan’ oleh partinya, bukan kerana hujah dan alasan yang diberikan. Dia akan bertungkus lumus mempertahankan sesuatu pandangan atau tindakan walaupun jiwanya yakin itu kurang tepat atau salah, hanya semata kerana partinya.

Paling kurang dia akan diam. Namun jika idea itu terbitan musuh, dia akan bersama partinya menyerang idea tersebut sekalipun dia belum faham, atau sekalipun dia tidak tahu pun keburukannya. Jika musuh partinya mengemukakan idea yang baik, dia akan diam tanpa ulasan. Jika partinya mengemukakan idea, dia akan puji dan berikan sokongan walaupun belum cukup faham. Inilah politik taksub. Inilah politik taklid buta. Inilah fanatik kepartian yang membunuh politik kebernasan idea.


Politik Telah Memecah Belah Kita
Ya, sepanjang sejarah pun isu-isu politik jugalah yang telah memecah belahkan umat Islam. Lahirnya Syi’ah, Khawarij dan berbagai kelompok yang lain hasil dari ketegangan politik yang bermula pada zaman Pemerintah Saiyyidina Uthman bin ‘Affan r.a, berkembang biak pada zaman Saiyyidina ‘Ali bin ‘Abi Talib dan berlangsungan sehingga hari ini.

Hingga, kita terus mewarisi bahana isu-isu politik yang tercetus pada seribu empat ratus tahun lebih yang lalu. Ketegangan Syiah-Sunni yang kedengaran di negara-negara seperti Iraq, Iran, Pakistan, India dan lain-lain adalah hasil dari isu-isu lama politik yang dibentuk menjadi dogma agama dan diwarisi secara fanatik. Bermula dari isu tidak puas hati dengan beberapa tindakan politik bertukar menjadi isu akidah. Semua kerana ketaksuban dan kebencian yang berlebihan.

Ketaksuban kepada Saiyyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a telah melahirkan aliran Syi’ah yang mengagungkannya melebihi batasan yang patut. Perbuatan yang tidak pernah diredhai oleh ‘Ali itu sendiri. Dalam proses membela ‘Ali, lahirlah berbagai hadis palsu yang direka demi menaikkan aliran ‘politik kepuakan’. Kata seorang tokoh silam Syarik bin ‘Abd Allah (meninggal 177H): “Aku mengambil ilmu daripada setiap yang aku temui, kecuali rafidah (syi’ah fanatik). Ini kerana mereka memalsukan hadis dan menganggapnya (hadis-hadis palsu tersebut) sebagai agama”. (Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 1/13, Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah).


Photo 2: Gambar Hiasan (Dipetik Dari Movie "Haven & Earth")

Apabila isu-isu politik dibentuk menjadi isu akidah dengan mengada-ada nas agama, maka itu mencetus reka bentuk agama yang tersendiri. Para pengikut yang jahil yang dimangsakan mula menganggap perjuangan politik kepuakan itu sebagai ‘titah agama’ lantas mereka berjihad kerananya. Maka tumpah darahlah kaum muslimin di sana sini. Sedangkan ‘Ali pada zamannya cuba mengatasi hal ini. Apabila beliau ditanya mengenai mereka yang menentang beliau dalam Peperangan Jamal dan Siffin; Apakah mereka itu Musyrikin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, mereka itu melarikan diri daripada syirik.” Ditanya lagi: “Apakah mereka itu Munafiqin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, sesungguhnya golongan Munafiqin tidak mengingati Allah kecuali sedikit.” Ditanya lagi: “Apakah kedudukan mereka yang sebenarnya?” Jawab ‘Ali: “Saudara kita yang melampau (bughah) terhadap kita” (Al-Baihaqi di dalam Sunannya. Ibn Abi Syaybah dalam musannafnya dan al-Marwazi dalam Ta’dzim Qadr al-Salah). Namun apabila ketaksuban sudah tidak dapat dikawal, golongan Syiah menghukum musuh-musuh ‘Ali apa yang tidak dihukum oleh ‘Ali itu sendiri.

Demikian juga kebencian tanpa kawalan. Kebencian kepada penentang ‘Ali, telah melahirkan puak Khawarij yang tidak puas hati dengan langkah perdamaian yang dipersetujui oleh ‘Ali. Lalu api kebencian itu merebak dalam jiwa sehingga membentuk dasar akidah yang membawa mereka mengkafirkan bukan sahaja penentang ‘Ali, bahkan ‘Ali itu sendiri. Lahirnya dogma mengkafirkan orang lain atas dosa yang dilakukan, atau atas tafsiran dosa yang diandaikan. Kelompok Khawarij terkenal dengan kuat ibadat dan tidak melakukan dosa. Malangnya, dogma agama yang dipegang mereka, telah menyebabkan mereka mengkafirkan sesiapa yang tidak bersama mereka, bahkan menumpahkan darah orang ramai yang tidak menyokong pegangan mereka.
Komen Isac;
Semua Umat Islam adalah bersaudara. Tetapi "Asobiyyah Kepartian" telah memecah-belahkan kita. Agama dan idologi politik telah digunakan dengan sewenang2nya demi untuk mendapatkan kuasa. Seruan Perpaduan telah ditolak mentah2.
Adalah teramat bahaya jika sesuatu sentimen dimainkan berkali2 tanpa rasa tanggung-jawab, sesuatu yang belum tentu benarnya pun akan membuatkan manusia2 terpengaruh dan mengambil suatu tindakan yang tak terfikir oleh akal kita. Apa lagi jika sesorang pemimpin parti/"ulamak" menjanjikan "Syurga" untuk pengikut2nya menyokong partinya.

Apabila seseorang manusia terlampau memuja pemimpin mereka secara membabi buta dan bertaklik tanpa tahu hujung pangkal dan tanpa periksa amat besar padahnya.

Nasihat saya kembalilah kepangkal jalan sebelum terlambat....Kalau memakai tangkal untuk apa2 tujuan sekalipun boleh membawa kepada syirik, begitulah juga sekiranya kita terlalu mengagung2kan dan mendewa2kan seseorang pemimpin...Waliyazubillah....

Dan jika ini tidak dihentikan.....Sampai bila2 pun kita orang Islam Di Malaysia ini tidak akan dapat bersatu!!!!!!!

1 comment:

  1. Salam,
    Sdr. Isac, saya CnP posting sdr ke blog bERANIKAN hATI dan memberikan kredit kpd blog bumiyang. Teruslah menghasilkan tulisan yg baik ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3