bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Jul 2009

DS Dr. Khir Toyo Tawar Wakil Rakyat DAP Jadi Ejen Hartanah Jual Rumahnya RM24 Juta July 7, 2009 :


Gambar rumah Datuk Seri Dr Khir Toyo yang seni bina berkonsep Bali di Seksyen 7 Shah Alam pernah dijadikan bahan menghentamnya dalam sebuah laman blog menjelang pemilihan UMNO Mac lalu dimana beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tiba-tiba pagi Isnin Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Sekinchan, Ng Suee Lim membawa para wartawan ke lokasi itu bersama-sama dokumen pemilikan tanah dari pejabat tanah dan mendakwa rumah bekas Menteri Besar Selangor itu mencecah RM24 juta.
Kebetulan ia berlaku sehari selepas Pemuda Gerakan di Pulau Pinang buat bising pasal banglo yang disewa oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sementara kediaman rasminya diubahsuai.
Ng mempersoalkan bagaimana Dr Khir jadi Menteri Besar selama lapan tahun bergaji RM48,000 sebulan yang semuanya berjumlah RM4.8 juta mampu memiliki rumah semahal itu.
Beliau mendakwa Dr. Mohd. Khir membeli dua lot tanah banglo bernilai RM2.9 juta dan RM900,000 seluas 1.17 ekar manakala rumah yang dibina diatasnya berharga lebih RM20 juta. Wakil rakyat itu meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuat siasatan.
Sementara itu Dr Khir yang ditemui wartawan kemudiannya untuk mengulas dakwaan itu berkata beliau membeli rumah berkenaan dengan harga RM3.5 juta yang dipinjamnya dari Hong Kong and Shanghai Bank (HSBC).
Keseluruhan Artikel Sila Rujuk Link Di Bawah;
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_514974ae-7f000010-96478e00-81d65de6

Sila rujuk berita yang sama yang diterbitkan di Harakahdaily.net
Link;
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21574&Itemid=1
Komen Isac;
Hah apa lagi, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim sepatutnya merebut peluang ini untuk membuktikan apa yang didakwanya (Rumah banglo milik DS Khir) benar2 bernilai RM 24 Juta.
Tambahan pula, DS Khir juga telah mengatakan bahawa beliau sedia untuk memberikan sebanyak 50 peratus komisyen daripada harga hasil jualan banglonya (iaitu RM 12 Juta, jika Ng berjaya menjual banglo tersebut pada harga RM 24 Juta).
Tambah DS Khir, bakinya akan digunakan untuk membayar pinjaman HSBC dan membeli sebuah rumah yang lebih baik di Damansara.
Banyak tu RM 12 Juta .....Jika Ng. hendak mengumpul gaji dan elaun ADUN nya tanpa dibelanjakan walaupun sesen pun nescaya sehingga 100 tahun lagipun, beliau belum tentu akan berjaya . Jestru itu saya sarankan ambillah peluang keemasan ini. . Jangan lepas ni kena saman berjuta2 sudah le.....:)

2 comments:

  1. salam bro...dorg ni mmg layak jadi ejen hartanah je..sbb pandai berkata2..hehehe

    anakmelayu30.blogspot.com

    support bro...

    ReplyDelete
  2. W'salam Afdzal. Terimakasih atas komen saudara.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3