bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Jul 2009

Perhimpunan Rakyat Bela Kematian Teoh Ahad Ini - Pakatan Rakyaat Menangguk di Air Yang Keroh?


PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan di luar Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam tengah hari tadi. Kira-kira 300 orang berkumpul di situ mendesak agensi berkenaan menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang ditemui di koridor tingkat 5 bangunan itu semalam. - Foto AFP/Berita Harian Online

Dipetik dari Malaysiakini.
Link: http://www.malaysiakini.com/news/108744
Jul 17, 09 7:26pm

Kerajaan Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang. Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor. Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut. "Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

"Kerajaan negeri sekali lagi menyampaikan takziah kepada keluarga Teoh dan bersedia untuk memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian," katanya. Kerajaan negeri juga, katanya, akan bekerjasama dengan pihak polis dalam proses siasatan dan berharap agar kerja siasatan dapat dijalankan secara professional, menyeluruh dan telus.Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh. "Proeses siasatan wajar dianggotai oleh ahli panel yang bebas bagi mengenalpasti punca kematian dan pihak yang bertanggungjawab. "Kerajaan negeri berpendirian proses ini penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab," tambahnya. Menurut kenyataan itu lagi, kematian Teoh telah menimbulkan isu keselamatan pegawai kerajaan semasa dalam siasatan. "Dengan itu kerajaan negeri mengarahkan tiada pegawai kerajaan yang dibenarkan soal siasat oleh SPRM di luar kawasan pejabat. "Kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam bagi pegawai kerajaan yang disiasat oleh SPRM. Arahan ini akan dilanjutkan sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai," tambah kenyataan itu.


Komen Isac;

Saya sebenarnya cuba mengelakkan diri daripada membuat "posting" mengenai insiden ini. Sebab itulah walaupun kebanyakkan blog-blog mengulas mengenai kematian beliau semalam, saya hanya mendiamkan diri. Kematian beliau yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya semalam sememangnya amat tragis.

Tetapi apabila melihatkan pihak Pakatan Rakyaat yang kelihatan seolah-olah sengaja membesar-besarkan isu ini di atas sebab-sebab mereka sahaja yang mengetahuinya, saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya untuk setidak-tidaknya membersihkan nama SPRM sehingga hasil siasatan sebenar diperolehi.
Memandangkan mendiang Teoh dijumpai mati di dalam kawasan SPRM, selang beberapa jam selepas menjalani soal-siasat oleh SPRM, memang samada suka ataupun tidak nama SPRM pasti akan dikaitkan.
Persoalannya, adakah itu sahaja sebabnya? Saya pasti rakyaat Malaysia yang telah terdedah oleh idea-idea "konsperasi" sejak 1998 lagi pasti boleh memikirkan lebih jauh dari itu, antaranya yang sempat saya fikirkan adalah seperti di bawah;
1) Bagaimana jika sememangnya ada berlaku penyelewengan di dalam penggunaan wang peruntukan yang sedang di dalam siasatan SPRM ? Orang yang bertanggung-jawab mungkin tidak mahu mendiang Teoh membuka mulut ? (foul play) Kematian mendiang di pejabat SPRM mungkin membolehkan isu tersebut disenyapkan kerana kini, SPRM pula yang akan dilihat sebagai "pesalah".
2) Sebab kemalangan, terjatuh.
3) Rungsing atau diburu perasaan bersalah.
4) Mungkin mendiang mempunyai musuh.
Walau apapun punca kematian mendiang, saya menyokong supaya suatu penyiasatan yang telus dijalankan agar sebab dan muasabab yang sebenar dapat diketahui umum, menangkap orang yang benar-benar bersalah (jika ada) dan juga dapat membersihkan nama mendiang juga nama SPRM jika mereka tidak bersalah.
Saya melihat Pakatan Rakyaat seolah-olah sengaja mahu menangguk di air yang keruh untuk mengalih pandangan masyarakat Malaysia dari isu-isu dalaman mereka seperti berikut;
i) Isu utama benarkah penyelewengan penggunaan wang peruntukkan wakil rakyaat yang sedang disiasat benar-benar berlaku?
ii) Isu penurunan sokongan rakyaat terhadap Pas di Manek Urai.
iii) Isu perpecahan Pakatan Rakyaat di Selangor.
iv) Isu perbicaraan kes liwat DSAI yang tidak dapat ditangguhkan lagi.
v) Isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang
vi) dan lain-lain.
Bagaimana PR yang selama ini mengatakan kerajaan BN tidak "telus" dan menghentam agensi-agensi pengawasan seperti SPRM, Polis, Pendakwaraya, Hakim dan lain-lain kini dilihat mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan negerinya (PR- Selangor) dari siasatan "rasuah" sehingga sanggup membekalkan peguam bela untuk mempertahankan mereka. Bukankan nanti kerajaan negeri Selangor akan dilihat sebagai mempertahankan rasuah?
Nasihat saya kepada Pakatan Rakyaat dan Rakyaat Malaysia, janganlah menjatuhkan hukuman sedangkan penyiasatan belum pun bermula. Janganlah mengeruhkan lagi suasana.....Biarlah pihak berwajib seperti Polis, SPRM dan Mahkamah menjalankan tugas-tugas mereka dengan sebaik-baiknya. Janganlah badan-badan pengawasan ini difitnah dan diinjak-injak integriti mereka, kerana jika rakyaat telah hilang kepercayaan kepada mereka kepada siapalah lagi yang hendak kita harapkan untuk menjaga keselamatan semua.
Janganlah semuapun hendak kita politikkan!!!!!

5 comments:

  1. Diorang tuh yg patut bertanggung jawab dengan kematian ahli exco diorang tuh sendiri.

    Puak2 DAP n PKR mmg suke menangguk di air keroh.
    Credibility Accountability Tranparency taik luh.

    Buat bising sana sini mcm2 komplen. Org tuh besalah lah.. org ni tak btol la..
    Padahal PUAK TAKSUB NI PERANGAI 10X LAGI TEROK.

    ReplyDelete
  2. Betul, En. Mohd. saya setuju dengan anda.

    Terimakasih di atas kesudian ziarah blog ini.

    Biarlah pihak polis melakukan siasatan tanpa tekanan.

    ReplyDelete
  3. mcm altantuya la cerita ni,,......heheheheehe apa pun siapa mkn cili dia terasa pedas nya,,,,

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Begitulah kerja puak-puak komunis, undang-undang ikut rasa hati, nak tutup jenayah sendiri buat huru hara....

    Kawan nak tanya anonymous, kenapa nak sebut-sebut pasal altantuya, kalau awak ada bukti kenapa tak dedahkan...... tuh yang sekor biawak raja petra, kenapa menghilang diri ?

    Perangai barua-barua pembangkang ni, kalau dia buat salah pun dia salahkan orang, dah tu suka buat fitnah..... renti-rentilah buat kerja dengan syaitan....

    ReplyDelete
  5. "Yang Gambi", politik hari ini lebih kepada nak bina reputasi diri dengan melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap lawan mereka....

    Tidak peduli halal & haramnya, tidak peduli betul atau salah... Matlamat utama mereka untuk kelihatan bagus, baik, berintegriti, hebat, juara menegak hak rakyaat dan lain2...demi "kuasa". Solat tonggang-tongekpun dah X menghalang "mereka" dari membuat "fasad dan mungkar"

    Kepada rakyaat Malaysia pandai2 lah memilih.... Masih ingat lagi pepatah,"ikut resam padi, semakin tunduk semakin berisi".

    Sesetengah ahli politik kita sekarang ni hanya umpama tin kosong....Cakap aje berdegar2 hasil satu pun X ada....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3