Mudah2an dengan merosotnya mejoriti yang didapati oleh Pas, akan membuka semula ruang perbincangan kepada dua parti terbesar Melayu (Umno dan Pas). Mudah-mudahan harapan majoriti umat Melayu/Islam di Malaysia untuk melihat kedua2 parti ini bersatu atas semangat survival agama/bangsa akan tercapai.
Yang penting bukannya merampas Kelantan dari Pas, semua ahli politik Melayu/Islam kena lebih bijak berpolitik. Biarlah Pas dengan Kelantan bahkan Kedah juga, kita cuma perlu memenangi kerusi2 lain yang masih berbaki. Perpaduan Pas dengan Umno sepatutnya dijadikan matlamat perjuangan kedua2 buah parti Melayu ini.
Orang Melayu/Islam juga sepatutnya memainkan peranan, kita boleh menguasai negara ini jika bersatu. Samada Pas mahu akui atau tidak, Malaysia masih dipandang tinggi oleh negara2 Islam di dunia. Tidak keterlaluan jika saya katakan Malaysia adalah peneraju OIC dan menjadi Negara Islam contoh dari segi kekuatan ekonomi dan kemajuan yang dikecapi kepada negara2 Islam yang lain
Alangkah baiknya jika Pas & Umno dapat saling lenkap-melengkapi untuk menubuhkan sebuah negara yang bersatu dan lebih dinamik. Jika impian ini dapat dicapai dan dengan suara Melayu/Islam yang mewakili 60% daripada penduduk negara ini dapat dipadukan mungkin impian Pas dan sekelian umat Islam di Malaysia yang inginkan negara melaksanakan hukum Hudud akan dapat dicapai. Perlu diingat sokongan 2/3 perlu untuk mengubal perlembagaan negara untuk melaksanakan hudud.
Semoga pentas Manek Urai menjadi titik-tolak perpaduan Pas dengan Umno.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.