bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Jun 2012

Gempar!!! Malaysia Bakal Mewajibkan Wanita Bertudung???

Masjid Agung di Tasikmalaya.

JAKARTA: Semua wanita Islam di Tasikmalaya, Jawa Barat, termasuk pengunjung ke bandar itu akan diwajibkan memakai tudung di bawah peraturan yang dirangka kerajaan tempatan tidak lama lagi. 

Majlis Bandaraya Tasikmalaya sedang merangka peraturan yang dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Kecil Nilai Hidup Masyarakat Berlandaskan Islam yang diluluskan pada 2009, dan dijangka selesai bulan ini.

Setiausaha Bandar Tasikmalaya, Tio Indra Setiadi, berkata pasukan khas akan ditubuhkan seperti polis syariah Aceh untuk menguatkuasakan ordinan itu kerana kesalahan syariah tidak boleh dikendalikan polis nasional.

"Penduduk yang bercadang membuat laporan berhubung pencabulan ordinan itu akan menghadapi kesukaran sekiranya kita tidak mempunyai sistem untuk menguatkuasakannya," katanya, memetik laporan akhbar harian bahasa Inggeris, The Jakarta Post, hari ini.

Beliau berkata, ordinan Tasikmalaya bagaimanapun berbeza daripada undang-undang Syariah di Aceh kerana hukuman akan diputuskan oleh sistem mahkamah sedia ada dan tiada hukuman sebat seperti di Aceh.

"Undang-undang kecil ini bertujuan mendidik orang ramai supaya hidup dengan tatacara Islam," katanya.

Ordinan itu yang diluluskan Datuk Bandar Tasikmalaya Syarif Hidayat pada 24 September 2009, digubal susulan kebimbangan penduduk setempat berhubung kesan globalisasi yang boleh memudaratkan mereka.

Ordinan itu juga menyenaraikan 15 kesalahan tambahan termasuk rasuah, pelacuran, zina, homoseksual, penyalahgunaan dan pengedaran dadah, minum arak, pornografi, kegiatan samseng, menyebarkan kultus dan pengguguran janin.

Speaker Majlis Bandaraya Tasikmalaya, Ruhimat, berkata peraturan itu digubal bukan kerana desakan pertubuhan Islam tetapi berdasarkan 99 peratus penduduk Tasikmalaya adalah Islam.

Ruhimat, bagaimanapun, percaya polis khas syariah tidak perlu ditubuhkan untuk menguatkuasakan ordinan itu kerana polis nasional berupaya menanganinya. - BERNAMA


Komen Isac;

Terasa macam negara kita pulak. Tasikmalaya. Cantik tempat itu. Namapun boleh menerbitkan nostalgia.

Alangkah bagus jika negara ini dihuni oleh 100% peribumi macam di Tasikmalaya tu.

Nak jalankan undang2 yang berkaitan dengan syariah pun mudah.

Yang sedihnya di negara kita yang majoriti orang Islam/Bumiputera semakin mengecil dari sehari ke sehari, kita masih hendak bercakaran sesama sendiri sehinggakan kita tidak mampu untuk bersatu-padu dan terpaksa mengharapkan orang lain untuk kekal berkuasa.

1 comment:

  1. bilakah Krjn Malaysia nk buat mcm ni? kita dh kenyang makan.. iman belum kenyang sbb tu xboleh nk kuatkuasakan undang Islam peringkat demi peringkat pn xpe asalkan ada perubahan.

    Isteri PM kena pujuk pakai tudung dulu..then baru boleh kot?

    Moga Allah SWT berikan hidayah pd Pemimpin2 negara utk tegakkan hukum Islam sepenuhnya..AMIN!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3