bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

5 Jun 2012

Nik Aziz - Umno Salah Akidah, Pas Tiada Akidah???


Semenjak disingkirkan daripada BN, pada tahun 1978 Pas menanam dendam kesumat yang begitu mendalam terhadap UMNO. Bukan setakat telah mengkafirkan Umno malah mereka juga telah menghalalkan darah mereka.

Alasan mereka Umno memperjuangkan semangat kebangsaan, menolak hukum Allah (hudud) dan bekerja-sama dengan orang2 kafir di dalam pemerintahan negara ini.



Walau bagaimanapun setelah merasai nikmat sebagai pemerintah bersama Pakatan Pembangkang di beberapa buah negeri, nada suara Pas telah berubah. Mereka kini boleh bersengkokol dengan sesiapa sahaja asalkan Umno/BN dapat mereka tumbangkan!!!


Jika dahulu Umno sanggup mereka kafirkan kerana berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan parti2 kafir yang lain, kini mereka lebih teruk kerana sanggup bersengkokol dengan DAP parti yang menentang hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera dan juga PKR yang bercampur-aduk dengan fahaman liberalisasi dan sosialis. Semuanya atas nama mahu menjatuhkan Umno/BN parti yang bertanggung-jawab membawa kita ke pencapaian pada hari ini.


Kini nada mereka juga telah berubah, hukum hudud tidak lagi menjadi "barang dagangan" untuk memancing undi!!! Kata mereka hukum hudud cuma boleh dilaksanakan apabila keadaan sekeliling yang kundusif dan membenarkan perlaksanaannya. Apa bezanya mereka dengan Umno???


Lebih menyedihkan, demi untuk berkuasa dan memancing undi serta simpati rakyaat, mereka telah sama-sama berdemonstrasi dan merusuh di jalanraya2 dengan menuduh kerajaan yang selama ini telah memartabatkan Agama Islam, ekonomi rakyaat dan memakmurkan negara sebagai tidak berlaku adil dan "merampas" kuasa pemerintahan daripada mereka!!!.


Tanpa perasaan bersalah mereka telah memendamkan isu gerakkan memurtadkan orang-orang Islam di Malaysia, malah mereka tanpa segan-silu juga telah mengangkat ketua gerakkan memurtadkan orang-orang Islam di Malaysia dan ketua gerakkan LGBT ini sebagai ketua mereka demi untuk memberikan tekanan kepada Umno.


Malah ke tanah haram Mekah dan Madinah pun sanggup mereka membawakan panji2 untuk golongan ini!!!


Jestru soalan penulis, jika Umno yang telah berjuang untuk memertabatkan agama Islam dan bangsa Melayu yang mewakili majoriti rakyaat  dan orang Islam negara ini boleh dilabelkan sebagai "salah akidah" salahkah jika kita mengatakan bahawa manusia yang berkelakuan sebagaimana di atas sebagai "tiada akidah"???


Walau bagaimanapun sebagai seorang Islam, penulis berdoa agar kita semua dapat pulang ke pangkal jalan. Suatu yang pasti, islam melarang kita "melabel" atau menggelar sesuatu kumpulan dengan gelaran yang buruk kerana ditakuti ianya akan berbalik kepada diri kita. 


Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada diri penulis sendiri. Wallahualam.

2 comments:

  1. Tak baik cakap pas takde akidah. Dosa tau..Tuhan jesus christ dah comformkan org pas masuk sorga tau. Org umno yang salah akidah sebab percayakan Allah dan nabi muhamad.Bodohlah org umno..

    ReplyDelete
  2. Akidah UMNO salah tapi PAS membiarkan perbuatan murtad. Ternyata akidah PAS 100% salah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3