bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Jun 2012

Hatrik Rozaimi Bolehkan Malaysia Tewaskan Vietnam 3-0 di Kelayakan Piala Asia B22.


KUALA LUMPUR 30 Jun - Skuad bawah 22 tahun negara meneruskan rentak cemerlang di Yangon, Myanmar apabila menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi keempat Kumpulan G kelayakan Piala AFC 2013.

Penjaring terbanyak skuad negara, Rozaimi Abdul Rahman terus membuktikan bisanya sekali lagi apabila meledak hatrik pada minit ke-52, 92 dan masa kecederaan untuk membolehkan pemain Sabah itu merekodkan sembilan gol pada kejohanan itu selepas empat perlawanan.

Kemenangan tersebut membawa Malaysia kini meraih sembilan mata daripada empat perlawanan dan wajib mencatatkan kemenangan ke atas pasukan tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G, Selasa ini jika mahu memastikan tempat ke pusingan akhir Piala Asia. - UTUSAN


Komen Isac:

Syabas Harimau Muda, semoga kita mampu untuk mengalahkan Myanmar Selasa ini.

Kecemerlangan Rozaimi membuatkan nama2 besar dalam skuad Harimau Muda seperti Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, Nazmi Faiz, Hazwan, Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam, Fandi Osman, Izzaq Faris (cedera/tiada dalam senarai kali ini) dan lain-lain sedikit tenggelam.

Apapun semoga perkembangan ini baik buat pasukan negara dan akan menjadikan pemain2 lain cuba untuk mempertingkatkan prestasi masing2 dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3