bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Jun 2012

Gempar!!! Ustaz Pas Menumpang Populariti K-Pop???

Adakah berceramah agama tidak akan menarik sekiranya ianya tidak diselitkan dengan lawak-jenaka???


Tidak dapat menarik khalayak jika tidak diselikan dengan umpat keji?


Yang kadang2 berbau fitnah, tohmah???


Dengar cerita, ada penceramah tersohor Pas yang sampai berceritakan tentang seluar dalam penyanyi K-Pop....Takkan nak tumpang glamor kot... dan cari publisiti murahan...


Kontent ceramah dah tak boleh jual ke???


Kalau nak berceramah bab munakahat mungkin bolehlah  bercerita yang berkaitan XXX sikit kerana takut tak faham pulak.


Memanglah konsert sedemikian tak sesuai terutamanya buat negara yang menjadikan Islam sebagai agama resmi, teguran sememangnya dialu-alukan dan tidak menjadi suatu kesalahan. 


Tetapi adakah teguran yang dilemparkan dalam suatu ceramah agama yang berbaur lucah, penuh dengan hinaan dan sebagai bahan ketawa akan menjadikan ianya suatu teguran yang ikhlas, "lillah hitaala"???


Penulis teringatkan suatu kisah, di mana Saidina Umar r.a. telah terserempak dengan satu pasangan yang sedang berzina ditempat tersembunyi, beliau telah memberhentikan dan menangkap mereka.


Telah berlaku pertengkaran sehingga menaikkan darah Saidina Umar r.a. apabila lelaki berkenaan memperlekeh baginda kerana beliau tidak mempunyai empat saksi untuk mensabitkan kesalahan pasangan tersebut. Baginda yang sememangnya dikenali dengan sifat panas baran telah menghunus pedangnya dan mahu memenggal sahaja kepala lelaki berkenaan.


Lelaki berkenaan yang jelas mempunyai sedikit pengetahun agama telah menemplak baginda seraya berkata, "adakah tuan mahu membunuh saya kerana marakkan saya disebabkan zina yang saya lakukan semata-mata kerana Allah, ataupun tuan mahu melakukannya kerana marah dan malu apabila saya mengatakan tuan tidak berhak menangkap saya kerana tidak mempunyai 4 saksi??? 


Saidina Umar yang tersedar akan keterlanjurannya lantas menyarungkan pedang dan pergi meninggalkan pasangan tersebut.


Apa pengajaran daripada kejadian di atas???


Jika Saidina Umar a.s. boleh menerima teguran daripada seorang penzina, apakah ustaz tersohor Pas tidak boleh kita nasihatkan jika mereka terlanjur???


Ingatlah dengan wafatnya Rasullah s.a.w. 1400 tahun yang lampau, tiada lagi lelaki maksum selepas itu. Ini kerana baginda yang merangkap penghulu segala nabi dan rasul    merupakan nabi dan rasul terakhir....







1 comment:

  1. tuan empunta blog,
    mohon di link www.dtubes.tv dengan blog tuan ini.

    terima kasih.
    che chu bidin.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3