bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

28 Jun 2012

Kegagalan Kerajaan Pas Bekalkan Air Bersih di Kelantan Juga Salah Umno???


Foto (kiri), nasib baik sungai2 di Kelantan buaya2nya seganas di Sarawak.
TUMPAT - Kononnya atas perjuangan Islam, namun Pas Kelantan dilihat membiarkan dIri terhadap masalah bekalan air di Kelantan.
Ia bukan masalah baru tetapi sudah 22 tahun tetapi ia tidak pernaha selesai biarpun kerajaan pusat telah peruntukkan RM600 juta sejak 2001 dan setiap tahun menerima RM100 juta untuk air sejak 2003.
Namun kegagalan kerajaan Pas hanya didiamkan kerana atas nama Islam, tetapi selama mana harus rakyat Kelantan bersabar. Kini terbaru lebih 34,000 pelajar dari 48 buah sekolah, termasuk pelajar yang tinggal di asrama, di jajahan Tumpat, masih menghadapi masalah bekalan air bersih yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Masalah itu semakin serius sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan  bekalan air yang sering terputus dan tekanan air yang rendah.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussin Awang, ia membabitkan lebih 20,000 pelajar sekolah rendah dan 14,000 pelajar sekolah menengah.

Katanya walaupun terdapat beberapa sekolah sudah dibekalkan dengan alat penapis air, namun ia tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana tekanan air yang rendah.

"Ini kerana bekalan air yang disediakan AKSB sering menghadapi masalah tekanan tidak menentu dan kerap kali terputus pada waktu puncak," katanya.

Hussin berkata pemasangan alat penapis air itu diluluskan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, ketika melakukan lawatan kerja ke negeri ini April lepas.

Beliau kecewa kerana kemudahan yang disediakan kerajaan bagi menolong pelajar dan sekolah tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana kegagalan kerajaan negeri melalui AKSB membekalkan sumber air yang memuaskan.

Sementara itu, kira-kira 3,000 pengguna di jajahan Bachok akan mengalami gangguan air berikutan kerja pembaikan paip bocor di kawasan Loji Rawatan Air Kampung Chap, Bachok, mulai 10 malam ini hingga 4 pagi esok.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan AKSB Hazwan Hassan berkata ia berikutan operasi loji tersebut dijangka tergendala sementara.

Menurutnya kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air itu ialah sekitar bandar Bachok, Kampung Perupok, Kampung Tawang, Beris Kubor Besar dan Wakaf Zin.

Jadi, penganalisa politik berkata pada rakyat Kelantan marilah  bangkit membuat perubahan dalam mendapatkan bekalan air bersih kerana Pas sudah gagal tunaikan tangunggjawab. Sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3