bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Jun 2012

Syabas!!! Harimau Muda Tumpaskan Qatar 2:0

MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN 17 Jun 2012                   

Pasukan Qatar bawah 21 tahun
PASUKAN negara Harimau Muda menundukkan pasukan bawah 22 tahun Qatar 2-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Shah Alam petang ini.
Pada awal babak pertama, Harimau Muda mengawal tempo permainan dengan baik dan melancarkan beberapa serangan ke gawang pasukan Qatar.

Malaysia gagal memanfaatkan peluang keemasan apabila Thamil Arasu gagal menjaringkan gol walaupun pintu gol sudah terbuka namun bola dikeluarkan oleh pertahanan Qatar pada minit ke-14.

Gol pertama skuad kebangsaan dijaringkan oleh kapten Harimau Muda, Mohd Irfan Fazail melalui sepakan percuma menewaskan penjaga gol Qatar, Muhannad Naim Hussein pada minit ke-25.

Insiden pergaduhan berlaku apabila bintang sensasi, Muhammad Nazmi Faiz dibuang padang selepas dia gagal mengawal perasaan apabila pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla mengasari Mohd Azrif Nasrulhaq. Abdelkarim juga dilayangkan kad merah lima minit sebelum waktu rehat.

Bersambung di babak kedua perlawanan Harimau Muda berjaya menambah satu lagi gol melalui Md Rozaimi Abd Rahman dengan merembat kencang bola selepas situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Qatar.

Skuad kebangsaan dilihat mendominasi sepanjang separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 orang pemain menampilkan corak permainan agresif dan pantas, sambil pasukan Qatar gagal memberi sebarang ancaman kepada skuad Ong Kim Swee.
Ini merupakan pentas akhir buat Kim Swee untuk persiapan memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi saingan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar, yang membuka tirainya 21 Jun ini.
Barisan pemain Qatar
Barisan pemain Harimau Muda:

1. Mohd Izham Tarmizi
3. Ashri Chuchu
4. Shahrul Mohd Saad
13. Nazirul Naim Che Hashim
17. Mohd Fandi Othman
7. Mohd Irfan Fazail (k)
11. Mohd Azrif Nasrulhaq
21. Muhammad Nazmi Faiz
23. Mohd Aminuddin Mohd Nor
24. Ahmad Hazwan Bakri
9. Thamil Arasu Ambumamee

Barisan pemain Qatar:

30. Muhannad Naim Hussein
2. Murad Naji K.Hussein
4. Almahdi Ali Mukhtar
5. Abdulaziz Abdulla Shareef
6. Abdelkarim Hassan Fadlalla
7. Fahad Saket Al-Shamari
8. Abdulla Talib Afifa (k)
26. Abdul Ghanai Ahmed Aljabri
15. Jasser Yehia Medany
11. Mohamed Salah Elneel
20. Ahmed Alaaeldin Abelmotaal


Komen Isac;

Walaupun bermain baik, skuad ini perlulah belajar daripada kesilapan iaitu perlu mengawal perasaan mereka. Ingatlah tidak-balas apabila anda dikasari hanya akan mengundang padah!!!

Nampaknya pemain muda kita tidak belajar daripada pengalaman Bunyamin yang hampir2 dibuang padang ketika skuad senior mengalahkan skuad Singapura di stadium Shah Alam minggu lepas.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3