bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Jun 2012

Penyertaan 3 Diplomat ke Bersih 3.0 - Boleh Disalah Tafsir???



KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra semalam berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memanggil Keng Yong ke pejabatnya petang semalam untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomatnya dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata, kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.

"Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.


Sumber klik sini.


(Foto kiri) Pertemuan Walter Chia (PAP) dengan Datuk Saifuddin Nasution tidak berapa lama dahulu.




Komen Isac:


Jiran Kiasu yang sememangnya tidak sensitif dengan sensitiviti jiran mereka.


Jika ini berterusan tidak mustahil khabar2 angin yang mempercayai negara tersebut membiyayai gerakkan pembangkang2 di Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan BN seperti ada benarnya.


Apa tah lagi DAP dilihat sebagai adik kepada parti pemerintah Singapura iaitu PAP.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3