bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Feb 2011

Tiada Hakim Berketurunan India di Mahkamah Persekutuan - Manoharan Nak Mintak Subsidi???

'Tidak ada hakim India di Mahkamah Persekutuan'
Hafiz Yatim
Feb 2, 11
8:07pm

Apakah barisan para hakim benar-benar mencerminkan kemajmukan yang ditekankan dalam konsep 1Malaysia perdana menteri?

ADUN DAP Kota Alam Shah yang juga seorang peguam, M Manoharan (kiri) tidak fikir begitu, kerana tidak ada hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik dari kalangan masyarakat India, selama hampir satu tahun sekarang.


Dua hakim keturunan India yang terakhir pernah memegang jawatan tersebut ialah hakim Datuk S Augustine Paul, yang meninggal dunia Januari tahun lalu, dan hakim Datuk Gopal Sri Ram, yang bersara pada 10 Februari tahun lalu.

Komen Isac;

Mano harus menyalahkan diri sendiri!!! Peguam berketurunan India lebih pentingkan duit dan prestej!!! Mereka lebih suka bekerja sebagai peguambela di sektor swasta...

Malah ada peguambela yang lebih gemar membela 'penjenayah" kerana ganjarannya begitu lumayan jika berjaya melepaskan anak guaman yang sememangnya "bersalah".

Jika tidakpun mereka lebih suka membela kes-kes yang boleh dieksploitasi sebagai batu loncatan untuk menceburi bidang politik terutamanya menjadi calon YB kepada parti pembangkang.

Sebagai orang politik yang mewakili parti yang kononnya memperjuangkan transpirasi dan merit, Mano juga perlu ikhlas. Perlantikkan Hakim India di mahkamah persekutuan sewajarnya bukan atas dasar kuota kaum berketurunan India!!! Hakim-hakim berketurunan India yang hanya beberapa kerat perlulah bersaing dengan hakim dari berbagai keturunan atas pengalaman dan merit!!!




2 comments:

  1. Perlantikan hakim-hakim tidak seharusnya berdasarkan kuota terutama kuota kaum. Ini secara langsung menjejaskan imej mahkamah tersebut dan sistem perundangan negara.

    perlantikan hakim seharusnya berdasarkan merit/kelayakan.

    Aku Yang Bingai

    ReplyDelete
  2. Jangan layanlah tambi DAP ni...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3