bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Feb 2011

Liwat II - Anwar Bakal Didapati Tidak Bersalah?


Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.

NONEPerbicaraan pagi ini tertumpu kepada persoalan sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.

Namun, Karpal yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.

Beliau mempersoalkan bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful tidak dicatatkan dan ingin tahu sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawab soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut dikemukakan.

Hakim kemudiannya membenarkan soalan itu apabila Karpal mengemukakan alasannya.

NONEMenurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.

Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.

Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.

Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?

Seah: Tidak mustahil.


Komen Isac;

Sebagai ahli kimia dan pakar DNA pastinya Seah lebih terarah kepada menganalisa bukti yang diperolehi... Samada Saiful seorang homoseks pasif atau itu bukan masalah beliau.

Persoalannya pertuduhan di mahkamah adalah DSAI didakwa telah meliwat Saiful, jestru persoalan yang sepatutnya diperdebatkan adalah, adakah perbuatan liwat itu dilakukan oleh Anwar???

Samada mereka ini semua gay pasif atau aktif, dilakukan dalam keadaan rela atau paksa?  Itu semua bukan persoalan! Di Malaysia, melakukan liwat adalah suatu kesalahan jenayah, jestru persoalan pokok adakah ia berlaku dan apakah bukti-bukti yang mengesahkannya? Itu yang sepatutnya diperbahaskan!!!

Liwat II: Adakah Saiful homoseksual pasif?
Hafiz Yatim
Feb 22, 11
1:13pm

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3