bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Feb 2011

Pas & PKR Semakin Ditinggalkan Oleh Pengundi-pengundi Cina???

Mengapa orang-orang Cina mula tolak PAS


Kaum cina sememangnya bijak berpolitik. Pada PRU12 yang lepas mereka beramai2 menyokong DAP. Sokongan mereka terhadap DAP semata2 kerana parti itu mendapat sokongan dari PAS. Hasil dari sokong menyokong antara DAP, PAS dan PKR memang menampakkan hasil yang lumaiyan. Lima buah negeri berjaya mereka kuasai. Kerajaan Pusat BN hilang majoriti 2/3.

Semua ini berlaku hasil dari permainan politik kaum cina. Mereka dapat memahami kedudukan kedudukan PAS dan PKR yang desperate. Ini lah masanya mereka mempergunakan PAS dan PKR sebagai 'batu loncatan' untuk berkuasa.

Penyokong2 PAS dan PKR mula sedar apabila P Pinang yang di perintah oleh DAP mengenepikan seorang ahli DUN PAS. Walaupun ianya cuma seorang sahaja calun PAS yang menang, tetapi penyokong2 nya telah banyak membantu calun dari DAP dan PKR.

Di negeri Perak pula lain halnya. PAS cuma mendapat 1 kerusi EXCO berbanding 5 yang diberikan kepada DAP. Perak bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh dua wakil PKR dan seorang dari DAP keluar jadi wakil bebas yang menyokong BN.

Hari ini PAS dan PKR sudah kehilangan sokongan dari kaum melayu/Islam. Kaum melayu/Islam tidak lagi mempercayaai pemimpin2 PAS dan PKR. Hakikat ini segera di sedari oleh penyokong2 DAP. Penyokong2 DAP sudah hilang kepercayaan nya terhadap PAS dan PKR. Natijah buruk nya PAS tewas di Galas dan Tenang, PKR pula tewas Hulu Selangor.

Kaum cina sudah mula tinggalkan DAP, mereka enggan menyokong PAS atau PKR yang sudah hilang sokongan kaum melayu/Islam. Pada hakikat nya penyokong2 PAS dan PKR semakin mengecut dan mengempis. Malang nya PAS masih ber angan2 mimpi di siang hari bahawa kaum cina masih menyokong kuat parti PAS.

1 comment:

  1. PAS masih ingat bahawa kaum Cina akan menyokong mereka spt yg telah berlaku di PRK Tenang, di mana undi Cina yg banyak utk calon PAS di pekan Labis.
    Jadi salahkah PAS mermimpi lagi di siang hari?
    Di PRU13 nanti undi kaum Cina akan pergi ke PAS atau DAP atau PKR dan tidak ke calon BN.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3