bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Feb 2011

Pas Akan Perjuangkan Nasib Orang Melayu Sebagai Kaum Dominan - Apa Beza Dengan Umno???

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu, jamin Nik Aziz
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
February 19, 2011
Nik Aziz bertanya sama ada masyarakat Melayu akan mundur tanpa Umno. — gambar fail
SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

Komen Isac;

Jadi bolehlah kita simpulkan Pas juga parti asobiyyah??? Memperjuangkan Melayu??? Apa yang membezakan Pas dengan Umno??? "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu istilah... Adakah memberikan kaum Melayu/bumiputera yang mewakili 65% rakyaat negara ini 30% daripada kek "ekonomi negara" sesuatu yang keterlaluan??? Sehingga Pas mengatakan ianya tidak Islamik???

Jadi bagimana pula Pas mahu memperjuangkan Melayu/bumiputera? Memberikan orang Melayu/bumiputera 65% kekayaan negara???

Ketuanan Melayu tidak Islamik hanyalah retorik Pas untuk mengabui mata rakyaat...

7 comments:

  1. PAS mesti terlebih dahulu dominan dalam PR untuk hasilkan keyakinan khalayak Melayu Islam. Siapa pas berbanding DAP dalam politik Malaysia?

    Apakah persamaan dan perbezaan antara;
    PAS - UMNO
    PAS - DAP
    UMNO - DAP
    UMNO - MCA/ GERAKAN
    MCA/GERAKAN - DAP

    Apakah alasan atau dalil DAP lebih baik berbanding UMNO untuk PAS jai dan dikan rakan seperjuangan?

    Rakyat Memerhat dan Menilai semua ini..

    ReplyDelete
  2. ..kecek berbelit2 mengalahkan k@#*&%..biasalah ularmak politik katakan..memalukan ulamak sengoti..

    ReplyDelete
  3. Jelas Gerombolan Pakatan Haram sedang kepanasan tahap mendidih.

    Pas dan DAP bersatu dalam usaha memecahkan undi umat Islam.

    Setelah DAP mengkucar-kacirkan Pulau Pinang dengan pengedaran risalah sejarah haram, DAP berjaya melaga-lagakan kaum di Pulau Mutiara itu. Hasilnya umat Islam terus berpecah-belah, manakala kaum China semakin bersatu di bawah DAP walaupun berlainan parti politik.

    Kini DAP merangsang Pas supaya terus menjahanamkan solidariti Umat Islam dengan menggesa Pas mengadakan konvensyen lawak.

    Jelaslah Pas adalah haiwan politik ternakan DAP yang sanggup menjilat kahak yang mereka ludah selama ini.

    ReplyDelete
  4. ...huahahaha..Dato Nik buat lawak awal tahun 2011..tak kan nak tolak Islam pula, ambil kebangsaan..biar betul ni...

    Ustaq M Nor

    ReplyDelete
  5. sudah bosan cakap putar belit puak2 ni.... sekali cakap tidak bangga dilahirkan sebagai bangsa melayu.... bercakap tentang keutamaan bangsa ni nasionalis....
    sekali cakap nak utamakan melayu
    ada cakap... bangsa tidak utama yang penting islam...
    kenapa tak cakap naj mempertahankan dan menegakkan Islam di Malaysia.

    entahlah..... suka ati kamu lah

    ReplyDelete
  6. umno itu yang pemutar belit

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3