bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Feb 2011

Laporan Kes Liwat II - Sesi Petang

Doktor HKL: Saiful tenang ketika diperiksa
Hafiz Yatim
Feb 14, 11
9:09am
http://malaysiakini.com/news/155949

4.11pm: Mahkamah ditangguhkan. Perbicaraan akan bersambung pada Rabu, 8.30 pagi.

NONE3.40pm: Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam dipanggil ke kandang saksi. Ketika disoal oleh Sankara, Khairul berkata Saiful tiba di pusat trauma pada jam 5 petang dan kesnya dikendalikan pada jam 9 malam.

Khairul berkata, Saiful (kiri) kelihatan tenang ketika beliau memeriksa pengadu itu.

Ditanya lanjut, Khairul berkata kelakuan itu bukanlah tingkah laku yang normal.


3.29pm: Siew berkata, mani atau spesimen mani boleh diambil dengan berhasil daripada kawasan anus dalam tempoh 46 jam. Sekiranya mani itu di dalam anus, tempohnya selama 65 jam.

Kesimpulan itu dibuat berdasarkan kesusasteraan perubatan.

3.17pm: Ketika pemeriksaan semula oleh Nordin Hassan, Siew berkata pegawai penyiasat Jude Pereira tidak campur tangan atau mengarahkan pemeriksaan doktor ke atas Saiful.

Siew berkata Jude hanya terlibat dalam menulis keterangan pegawai penyiasat dia dalam borang pro-forma berkenaan.

3.03pm: Sankara menamatkan soal balasnya. Timbalan pendakwa raya Nordin Hassan memulakan pemeriksaan semula.

 
3.01pm: Sankara menyifatkan Siew sebagai seorang pembohong.

Siew seterusnya menafikan bahawa seorang pegawai penyiasat bernama Jude Pereira telah memberitahunya bahawa sampel mani yang diambil daripada anus Saiful itu adalah kepunyaan Anwar.

NONETerdahulu, Siew memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan oleh Pereira (kiri) bahawa DNA lelaki yang ditanda "Y" oleh ahli kimia itu adalah kepunyaan Anwar.

2.31pm: Menjawab satu lagi soalan Sankara, Siew berkata beliau cekap dalam menjalankan tugasnya.

Siew juga berkata, laporan kimia diserahkan kepadanya oleh pihak polis dan perkara itu ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan.

Katanya lagi, dalam kes Saiful, sampel berkenaan dihantar dua hari selepas pemeriksaan iaitu pada 30 Jun, 2008. Keputusannya diperolehi pada 11 Julai.

2.21pm: Siew yang kembali ke kandang saksi berkata, beliau telah menandatangani satu botol mengandungi sampel bahan uji kapas.

Bagaimanapun, beliau tidak menandatangani plastik termateri yang memuatkan botol itu.

Ditanya peguam sama ada tindakan itu merupakan amalan yang baik, Siew berkata "Saya tidak fikir ianya perlu."

Katanya lagi, beliau telah menurunkan tulisan pada beg plastik itu namun tidak menandatanganinya.

Tambahya, beliau telah mematerikan sebanyak 10 sampel bahan uji berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3