bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Feb 2011

Memecah-belah Orang Islam - Nik Aziz Hanya Mahu Debat Dengan Mereka Yang Ada Tauliah & Kedudukan???

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan beliau sedia berdebat tentang Islam dengan sesiapa saja, tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.

Nik Abdul Aziz lantas mempersoalkan kedudukan dan kredibilit Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau.
Berita penuh, klik sini.


Komen Isac;

TG Nik Aziz sendiri pun tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama di luar Kelantan... Justru jika debat tersebut mahu dijalankan di luar Kelantan memandangkan ia berkaitan dengan agama, kerajaan negeri yang terlibat boleh mengambil tindakkan terhadap beliau... Maaf bergurau... :)... Tapi dari segi teknikalnya begitu lah...

Wah mentang-mentang dah jadi MB Kelantan lebih 20 tahun... TG ni dah padai menjaga prestej dan status beliau.... Yelah nak kahwin pun kena lihat sekufu atau tidak....

Walau bagaimanapun pada pandangan penulis, cakap TG tu ada juga benarnya, jika beliau bersalah sewajarnya beliau dihadapkan kepada Majlis Ulamak Malaysia untuk diadili dan dinasihati. Malah jika beliau didapati bersalah hukuman yang sewajarnya boleh dikenakan...Sebaliknya jika ada orang perseorangan yang mahu berdebat dengan TG, samada TG akhirnya didapati bersalah atau sebaliknya tiada tindakkan susulan yang boleh di ambil. Bahkan pastinya pemimpin-pemimpin parti yang berkepentingan akan memutar-belitkan fakta demi untuk mengabui mata ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka...






3 comments:

  1. Apa kurangnya Prof. Mohd Noor Deris untuk berdebat dengan Nik Aziz. Dari segi pengetahuan saya kira inilah tandingannya buku dengan ruas.

    ReplyDelete
  2. Apa autoriti Ustaz Nor Deris dalam hiraki kuasa kepimpinan UMNO? Bolehkah Ustaz Nor Deris mencorak halatuju UMNO jika terdapat apa2 resolusi yang dicapai semasa debat tu nanti?

    Bagi PAS tiada masalah untuk terima sebarang resolusi debat/muzakarah/syura, sekiranya mana2 hujah yang disepakati secara syarie, Mursyidul Am PAS berautoriti dan boleh mengarah semua peringkat organisasi dalam PAS menerima resolusi ijmak ulamak yang terkini.

    Kalau benar kedudukan Ustaz Nor Deris, ustaz2 & ahli2 agama UMNO sekarang berautoriti dalam parti UMNO sudah tentu suara para alim dalam UMNO diberi perhatian serius. Tiadalah keputusan & tindakan parti UMNO yang menyanggahi syarak selama ini.

    Pada saya, "mufti", alim & ahli agama dalam UMNO sekadar "boneka" dan "gurka" untuk pertahankan kedudukan pemimpin2 sekular assobiyyah UMNO saja terutama bila berdepan dengan golongan Islamis!

    Amat mustahil bagi UMNO untuk meletakkan taraf alim ulamak ditempat yang sewajarnya- untuk menjadikan alim ulamak sebagai penentu dasar dan halatuju parti UMNO! Tapi struktur parti PAS telah meletak Majlis Syura Ulamak yang dipimpin oleh Mursyidul Am sebagai badan kuasa tertinggi dalam parti. Itulah beza PAS dan UMNO dari sudut penghayatan Islam. Maka sewajarnyalah semua umat Melayu Islam, alim ulamak, ustaz & aktivis Islam mengambil PAS sebagai wadah politik yang lebih utama dan benar untuk masakini.

    Tak payahlah buang masa dengan debat / usaha palsu yang sia-sia!

    ReplyDelete
  3. Salam Anon 7 February 2011 13:34,

    Memang Pas ada Majlis Syura tapi dilihat TG Nik Aziz yang menguasainya...

    Apa yang beliau cakap majlis syura hanya menikus....

    Ini tidak berlaku semasa pemerintahan Khalifah Khurasyidin...

    Tidak keterlaluan jika saya katakan Presiden Pas hanyalah boneka dan dibayangi oleh TG Nik Aziz yang boleh mengluarkan fatwa dengan sempontan...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3