Masih ingat lagi "Government Shoutdown" yang melanda negara Uncle Sam sekitar bulan Oktober 2013 yang lalu?
Kakitangan awam terpaksa dipaksa bercuti gara2 kerajaan Amerika X mampu membayar gaji mereka kerana perbendaharaan negara telah kosong. Negara yang berdasarkan hutang... Apabila hutang yang berjumlah trilion dollar semakin meningkat sehingga mencecah had siling akhirnya Senat terpaksa menaikkan had tersebut demi mengelak negara menjadi bankrap.
Siling hutang pemerintahan AS (pemerintahan pusat dan pemerintahan negeri) naik dari USD 4.3 trilion pada tahun 1990 menjadi USD 8.4 trilion tahun 2003, kemudian naik lagi kepada USD 8.9 trilion pada 2007 dan pada awal pemerintahan Obama tahun 2009 terus naik kepada USD 10.3 trilion.
Pada tahun 2011 ia mencecah USD 14 trilion dan selepas "shutdown" ia telah menjangkau ke angka USD 16.7 trilion. Seandainya negara lain tenggelam dalam hutang meski jauh lebih kecil dari angka itu, nescaya negara itu akan hancur dan perekonomiannya tinggal menjadi sejarah!
Negara yang sewenang2 mencetak wang umpama "wang cap pokok pisang" sebagaimana yang dilakukan oleh tentera imperalis Jepun semasa peperangan dunia ke dua dulu.
Pelik bukan mata wang "pokok pisang" abad ini masa digilai oleh penduduk2 dunia... termasuk oleh mereka yg beragama Islam yang kononnya melebel Amerika sebagai negara tunggangan Yahudi.
Negara yang secara teorinya "bankrap" tetapi masih kita agong2 kan... dan gelisah apabila matawang tersebut semakin meningkat.
Mungkin telah sampai masanya untuk dunia meninggalkan "greenback" iaitu dollar US sebagai tukaran perdagangan dan kembali kepada matawang yang berdasarkan kepada nilaian rezab emas sesebuah negara. Alangkah bagusnya jika cadangan Tun M satu masa dahulu agar dunia menggunakan dinar emas bagi menggantikan dollar Amerika dapat direlisasikan.
Sumber klik; http://engkodigasak.blogspot.com/2013/10/memahami-krisis-america-shut-down.html?m=1
madey skrg bukan mcm dulu,dia skrg lg suka dollar naik supaya najib lebih tertekan..dulu madey mana suka media asing..tp skrg madey gunakan sumber asing jadikan rujukan..zaman da berubah joe..tp matlamat tetap sama..kegilaan kuasa
ReplyDelete