bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Mar 2014

Wan Azizah Calon PRK Kajang; Azmin Bakal Terus Kempunan Jawatan MB Selangor???

SHAH ALAM - Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai pengganti suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, 23 Mac ini.


Pengumuman tersebut dilakukan sendiri oleh Anwar dalam satu sidang media khas di Batu 12, Kajang, hari ini.



Terdahulu, Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR, Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan beliau meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


Ini bermakna, Wan Azizah atau lebih mesra disapa Kak Wan akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.

Untuk rekod, Chin Cheh (PKR) memenangi kerusi Dun Kajang pada PRU13 dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru. 

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Chin Cheh (PKR) dikatakan meletakkan jawatan kerana mahu memberikan laluan kepada DSAI bertanding untuk membuka peluang untuknya menjadi MB Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim.

Dan ada juga dakwaan kempen PRK Kajang ini sengaja diadakan untuk menghangatkan dan mengembalikan sokongan rakyaat terhadap Anwar yang bakal menghadapi perbicaran kes rayuan Liwat II nya sepanjang Mac 2014.

Dengan sahnya Wan Azizah (iaitu sekutu kuat Khalid Ibrahim) menjadi calon PRK Kajang, secara dasarnya pengaruh TS Khalid Ibrahim tidak akan tergugat dan sebaliknya Azmin (yang dilihat tidak disenangi Wan Azizah) bakal terus-terusan kempunan....

4 comments:

  1. Apa-apa pun terjadi, Azmin tetap kena kencing hancing. Tapi tetap akur dan menjilat Anuar. Tapi, kalau ditakdirkan Jijah kalah, hancusss lah PKR. Dalam episode "The Kajang potholes".....semua gang pakatan dan pemimpin PKR kena kencing.....

    ReplyDelete
  2. Azmin makan kuah... Parti Keadilan terserlah sebagai PARTI. LAKIBINI.

    ReplyDelete
  3. lepas ni babak nangis akan mewarnai PRK Kajang... boleh la tolong rakyat Selangor yang kena catuan air tu. Air mata Wan Jijah banyak, boleh ditadah memenuhi sepuluh empangan...

    ReplyDelete
  4. atas kertas wan azizah tiada sebab untuk kalah dun kajang. dengan adanya wan azizah di dalam dun selangor, makin sesak nafas la azmin. tu la, jangan pandang rendah khalid ibrahim. beliau tahu tarikh2 perbicaraan anwar bersabit rayuan kes liwat saiful. dan beliau yakin bahawa shafee abdullah punya kemampuan untuk berfakta sabitkan anwar dengan liwat. beliau juga yg minta menjadi pengarah prk kajang walaupun sepatutnya azmin yang berperanan kerana beliau bos pkr selangor. khalid juga konfiden untuk tandatangan mou air projek langat 2 dengan kerajaan persekutuan. disinilah bijaknya khalid dalam berstrategi dan disini jugalah nampak betapa azmin rakus sampai lupa jerat memakan diri. tahniah khalid.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3