bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Mar 2014

MB Selangor X, Presiden PKR X, Sampai Bila Azmin Mahu Mengalah?


KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden PKR pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mei ini menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air tetapi juga ahli-ahli dan penyokong parti itu sendiri.

Umum mengetahui, Anwar dan Wan Azizah adalah suami isteri dari dulu hingga sekarang. Biarpun apa-apa yang berlaku, Wan Azizah masih isteri Anwar dan beliau sering digambarkan sebagai seorang isteri yang setia dan sentiasa memberi sokongan kepada suaminya biar pun dalam saat getir.

Tetapi apabila kedua-duanya memutuskan untuk bersaing sesama sendiri bagi jawatan presiden PKR, ia telah mengejutkan semua orang, terutama ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKR. Keputusan yang diambil oleh pasangan suami isteri itu kemudiannya diberi gelaran 'Segambut Move' atau 'Langkah Segambut'.

Ada yang menganggap, keputusan suami lawan isteri ini, dibuat dari dapur banglo di Bukit Segambut. Ketika si suami dan isteri sedang bersarapan, yang mungkin juga disertai oleh anak-anak, maka keputusan dibuat, ada individu perlu disekat kemaraannya, kepentingan isteri dan anak dalam parti perlu dijaga, maka skrip ditulis, suami perlu dilihat akan menentang isteri. Tetapi, selepas pencalonan ditutup, akan ada yang menarik diri dan ada individu yang terlepas peluang untuk bersaing jawatan presiden.

Ramai tidak senang dengan alasan yang diberikan, kononnya Wan Azizah turut sama menghantar borang pencalonan bertanding jawatan presiden sebagai persediaan jika Mahkamah Persekutuan turut memutuskan suaminya, Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.  

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Jawatan MB Selangor pun X dapat....

Jawatan Presiden PKR, jadi rebutan "suami-isteri".

Sikit hari lagi..... Nurul Izzah pun bertanding jugak....

Alamat melepas lah.....

Nak tunggu sampai bila da.....????

2 comments:

  1. azmin sedang dalam proses akhir merealisasikan 'perjuangan goblok' khas untuk anwar.

    ReplyDelete
  2. azmin ali pegang jawatan ketua umum la pulak

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3