bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Mar 2014

Jika Serpihan di Lautan Hindi Sah Milik MH370 Bukti Ianya Bukan Masalah Teknikal???




CANBERRA - AUSTRALIA. Pakar keselamatan Australia, Neil Fergus berkata, jika dua objek dikesan di luar pantai Perth disahkan sebagai milik MH370 maka beliau menolak sebarang kemungkinan berlaku kesilapan teknikal.

Semalam, kerajaan Australia memaparkan imej satelit yang mungkin serpihan pesawat di kira-kira 2,500 km barat daya Perth.

Fergus yang juga Pengarah Perisikan bagi Sukan Olimpik Sydney 2000 berkata, jika berlaku kerosakan pada pesawat itu ini bermakna pesawat terbabit tidak dapat diterbangkan di mana serpihan dikesan.

“Jika serpihan itu disahkan betul teori kepincangan teknikal harus ditolak,“ katanya.

Menurutnya, tidak mungkin ada masalah teknikal atau berlaku kebakaran jika pesawat itu dapat diterbangkan ke lokasi yang didakwa penemuan serpihan terbabit.


Komen Isac;

Seolah2 ianya menguatkan teori konspirasi.....

Sebelum ini Indonesia membidas laporan yang mengaitkan negara itu terbabit dengan "pakatan sulit" dengan negara kuasa besar untuk di dalam merahsiakan bahawa pesawat MH370 ada melintasi ruang udara ataupun jangkawan radar Indonesia. Bagi penulis baik kta jangan menunding jari kerana ini juga kemungkinan boleh berlaku dek kerana kekurangan pengalaman ataupun tidak sensitif dengan apa yang berlaku.

Lagipun sekat 14 hari pencarian, kesemua dakwaan yang melibatkan penemuan "DEBRIS"  ataupun kaitan dengan pesawat MH370 sebelum ini terbukti tidak benar.

Jestru marilah kita terus berdoa agar pencarian ini dipermudahkan. Amin.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3