PASIR PUTEH: Operasi mencari pesawat MH370 yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi yang dilaporkan hilang.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish ketika memaklumkan perkara itu berkata, pihaknya sudah mengambil sampel minyak itu untuk ujian lanjut sama ada mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat berkenaan.
Katanya, operasi mencari yang masuk hari kedua dan seratus peratus kawasan perairan sudah dibuat namun tiada sebarang penemuan yang boleh dijadikan bukti.
Pada masa sama, Mohd Amdan tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang terhempas di kawasan perairan Vietnam.
"Kita sudah melakukan operasi mencari namun tidak menemui sebarang bukti. Penemuan terbaru tompokan minyak itu dijangka diperoleh petang ini.
"Saya tidak menolak kemungkinan pesawat itu terjatuh di kawasan perairan Vietnam, namun kita menyerahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk melakukan operasi mencari, " katanya.
Sumber klik sini.
Komen Isac:
Banyak sangat laporan bahawa mereka menjumpai kesan tumpahan minyak, dakwaan APMM adalah terbaru.
Sebelum ini tentera laut China dan Vietnam juga mendakwa menjumpai kesan tumpahan minyak di kawasan pengairan mereka. Malah tentera laut China juga mendakwa mereka menjumpai cebisan bangkai pesawat MH370.
Nampaknya bukan setakat pengamal2 media sosial yang melaporkan berbagai2 versi maklumat berkaitan insiden yang menimpa MH370, nampaknya maklumat2 yang disampaikan oleh negara2 yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat ini juga perlu kita tapis dan menyiasatnya dengan teliti sebelum disebarkan kepada umum.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.