bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Mar 2014

Adakah Pas Masih Ada Maruah???

PKR Beri Amaran Supaya PAS Tidak Tuntut Jawatan MB Selangor


SHAH ALAM: PAS sepatutnya bertolak ansur serta memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor seperti mana dilakukan PKR di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ini kerana jelas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafie, PKR tidak membantah sebaliknya bersetuju wakil PAS dilantik sebagai Menteri Besar Perak menambah perkara sama perlu dilakukan di Selangor.

Beliau menambah jumlah kerusi diperoleh komponen Pakatan Rakyat tidak sepatutnya menjadi kayu ukur dalam pelantikan jawatan Menteri Besar Selangor yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat penggal kedua.

“Kita juga boleh menamakan calon daripada PKR di Perak pada 2008 kalau sekiranya kita berhajat untuk mengambil alih jawatan menteri besar.

“Walaupun jumlah bilangan kerusi di Perak waktu itu PKR sepatutnya diberi ruang menjadi menteri besar tetapi kita tidak menuntut kerana kita yakin kepada kemenangan kita di negeri-negeri di Malaysia ini atas semangat berpasukan,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.

Polemik jawatan Menteri Besar Selangor timbul selepas dikatakan Abdul Khalid yang dikekalkan kerusi itu bagi penggal kedua sejak 2008 akan melepas jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar sekiranya Ahli Parliman Permatang Pauh itu memenangi kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Namun PAS Selangor memberikan respons negatif apabila tidak bersetuju dengan perkara itu selain bersedia untuk menamakan wakil parti itu mengisi jawatan Menteri Besar sekiranya peralihan kuasa berlaku.

Konsensus Pakatan selepas mempertahankan kemenangan di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bersetuju mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar walaupun yang memperoleh 15 kerusi berhak menuntut jawatan itu.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac:

Minggu lepas Presiden Pas diarahkan oleh mahkamah untuk membayar saman fitnah berjumlah RM 2 juta kepada seorang calon ADUN PKR yang kecundang dalam PRU 13 yang lalu....

Hari ni pulak Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafie menggertak Pas supaya jangan menuntut jawatan MB Selangor yang dicanagkan akan diambil-alih oleh DSAI.

Terang2 Pas tidak dihormati dalam PR....

Kalau ahli biasa boleh PKR menyaman Presiden Pas, di mana letaknya maruah presiden dan parti Pas??? Perkara yang sepatutnya boleh dibawak berbincang kerana PKR merupakan sekutu Pas dalam PR....

Ini pulak secara terang2an exco Selangor boleh menggertak Pas jangan cuba menuntut jawatan MB Selangor....

Ini kah parti yang kita nak harapkan untuk meneggakkan hudud???

Macam pondan!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3