bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Nov 2010

Zaid Keluar PKR - Tak Kenal Maka Tak Cinta....

Zaid akhirnya keluar PKR seperti dijangka

TERKINI @ 09:12:49 AM 15-11-2010
November 15, 2010

http://m.themalaysianinsider.com/home.php

KUALA LUMPUR 15 Nov. Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat, PKR  sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Isnin lalu beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

 Saya tahu hari saya dalam parti PKR sudah dihitung kerana pemimpin-pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya, kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu Kata Zaid beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu. Minggu lalu Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu Zaid penyelaras Pakatan Rakyat menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak Kelmarin Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini Zaid berkata, saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti. 

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang Malah kata Zaid beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil Zaid yang berada dalam Umno selama 23 tahun sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.


Komen Isac;

Orang kata, kalau kita tak berkawan dengan penyamun maka kita tidak akan kenal siapa mereka yang sebenar....

Biasanya penyamun akan menutup muka bila menyamun dan berlagak kaya dan seperti orang baik-baik bila berada diluar "profesyennya"...

Begitu jugalah dengan pengkhianat bangsa...Sentiasa berpura-pura baik untuk mencapai matlamat mereka.... Siapa mereka? Pandanglah sekeliling dengan ikhlas... Anda akan dapat kenali siapakah mereka...

2 comments:

  1. mohon dilink kan blog saya
    http://helangbuana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Isac, kawan rasa si Zaid ni kena masuk PAS pulak, lepas tu masuk DAP, baru cukup empat parti untuk membolehkan sin Zaid matang dalam berpolitik...biarlah dia terjun dengan labu-labunya...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3