bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Nov 2010

Berita Kurang Enak Buat Pakatan - Najib Dah Keluar Hospital!!!

Najib keluar hospital hari ini

November 07, 2010

 
KUALA LUMPUR, 7 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hopital itu sejak Khamis lepas. 

“Beliau respon baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa,” kata Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan di sini hari ini. 

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan. 

Dr Mohd Ismail berkata cacar air pulih dengan baik dan para doktor menasihati beliau agar berehat di kediaman. Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari, kata beliau. 

Beliau juga berkata Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasinya dalam tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau. — Bernama

3 comments:

  1. habis lah PAKATAN..nampak nya DOA RAKYAT MALAYSIA telah di makbul kan ALLAH agar DATO SERI NAJIB sihat...teruskan perjuangan mu...

    minta tolong paut kan blog sy yer..terima kasih dan salam perjuangan..

    http://badutrakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3