bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Nov 2010

Pegawai JPM Mempunyai Harta Berjumlah RM 200 Juta??? Realiti Atau Sekadar Mahu Mengalih Perhatian???

Chegubard dakwa pegawai JPM ada RM200 juta

http://www.malaysiakini.com/news/147880
Nov 11, 10 10:07am


Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman
blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin.


Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri," tulisnya.

"(Beliau) merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, (beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.


Badrul Hisham juga membekalkan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Komen Isac;

Jika ianya benar, kita wajar berterimakasih kepada beliau. Tetapi jika tidak, wajarlah beliau di dakwa di mahkamah dan disumbatkan aje dalam jel!!!

Cuma berpandukan kepada pengalaman yang lepas sekiranya PKR atau Pakatan Rakyaat sedang menjadi tumpuan rakyaat disababkan oleh masalah dalaman ataupun kesalahan yang dikaitkan dengan mereka, mereka pastinya akan berusaha untuk menimbulkan satu isu demi untuk mengalih perhatian masyarakat!!!

Dalam keadaan PKR sedang bergolak sekarang ini, tiadak mustahil ini satu lagi usaha untuk mengalih perhatian!!!

4 comments:

  1. haha another PKR's spinning tactic to divert issues, if true asking SPRM la to investigate! taktik para extremis dan gerila politik sosialis macam tu lah.

    ReplyDelete
  2. angka 200juta tu gempak bro.. tp jgn jd mcm angka 16Sept sudah laa.. hik..hik.. teruskanlah retorik yg dahsyat2, rakyat jelata diluar sana masih ok lg tu.. nanti bila dia org dah naik mual slow2 pakai tektik lain.

    ReplyDelete
  3. Dengan apa yang berlaku dalam PKR sekarang ni, boleh caya ke apa yang cikgu sengal otak ni cakap?

    ReplyDelete
  4. sumbat je bdak kecik ni dlm perjara mang 10thn.... apa nama bdak kecik ni cikgibabi.... hahahaha

    nak nyebut nama bdak ni pun aku geli.....

    syamsul

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3