bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Nov 2010

DYMM Seri Paduka Sultan Selangor Dukacita, Kerana Ada Melayu Yang "Gadai" Melayu!!!

Sultan Selangor dukacita orang Melayu gadaikan perkataan Melayu

2010/11/29

SHAH ALAM: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.
 
Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini. "Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.


Komen Isac;

Baru dua hari lepas presiden PKR DS Wan Azizah mempertikaikan "ketuanan" Melayu.... Adakah itu yang Paduka Sultan maksudkan???

Apapun mungkin istilah "ketuanan" Melayu wajar ditukar kepada istilah lain.... Mana mungkin "Tuan" yang mewakili 65% penduduk asal negara (termasuk bumipurata Sabah & Sarawak) hanya berkongsi 30% kekayaan negara!!!!

Itupun masih dikatakan tidak adil dan zalim!!!!!

1 comment:

  1. Kita cabar Nuar, Wan Azizah, Nik Aziz dan konco-konco dlam PKR dan PAS supaya mohon pada Pejabat Pendaftaran supaya gugurkan status Melayu sebagai bangsa mereka!! Jangan cakap aje tak nak Melayu...semua cakap politik!!

    Cadangkan supaya UMNO mohon Raja2 Melayu gugurkan status Melayu kepada mereka yang sememangnya dah tak nak jadi atau bangga jadi Melayu!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3